Selasa, 30 Julai 2013

Erdogan Kecam Negara Islam Lain Yang Terus Membisu Isu Di Mesir



TTurki mengajak negara-negara yang berpenduduk Islam, dengan satu suara mengutuk kezaliman tentera Mesir. Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan, mempersoalkan negara saudara seIslam berdiam diri berhubung dentan situasi dan insiden politik yang melanda negeri Piramid tersebut.

'Hey, kalian yang Islam! Saudara-saudara kamu sekalian di Mesir sedang dibunuh. Keadilan dan hak asasi sedang disembelih. Dengarkah kalian semua? Melihatkah kalian semua? Sedarkah kalian semua bahawa darah saudara-saudara sekalian sedang ditumpahkan? Hal yang sama turut berlaku di Syria, ratusan ribu disembelih di negara itu, anda lansung tidak bersuara! Kamu semua masih berdiam diri, sampai bila? Tetapi jangan lupa, hal yang sama bakal berlaku ke atas kamu nanti" demikian kata-kata tajam Erdogan dalam satu ucapannya berhubung situasi terkini di Mesir seperti dikutip Anadolu Agency, Ahad (28/7).

Turki kecewa terhadap banyak pihak atas insiden yang terjadi di Mesir. Termasuk pada Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) dan negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Menurutnya, (sepatutnya) tidak ada toleransi atas tindakan tentera di Mesir.

Pihak antarabangsa menurut Ketua Partai Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) itu tidak tegas berdepan dengan situasi di Mesir. Padahal, katanya, semestinya sebagai wadah dan negara pendukung demokrasi sudah sepatutnya melihat situasi di Mesir sebagai satu tindakan brutalisme.

Turki meminta agar pihak antarabangsa campur tangan. "Kami (Turki) tidak akan diam melihat situasi Mesir sekalipun jika pihak antarabangsa ikut membiarkan," ujarnya.

Insiden berdarah kembali terjadi di beberapa wilayah kota Mesir, Jumaat (26/7) dan Sabtu (27/7) waktu tempatan. Sekurang-kurangnya 120 orang dinyatakan terbunuh dan 4.500 lainnya cedera. Mereka yang terkorban akibat serangan peluru tajam.

Seramai 700 diantaranya yang tercedera masih menjalani perawatan di pusat-pusat kesihatan. Tentera dengan sepihak membubarkan aksi demonstrasi pendukung presiden yang di gulingkan Muhammad Mursi yang berkumpul di Masjid Rabaah al-Adawiyah dan Al-Nahda Square di Kota Nashr.

Wilayah ini memang menjadi pengkalan rakyat yang mendukung Ikhwanul Muslimin dan Mursi. Erdogan menilai tentera di negara itu sebagai pihak yang bersalah. Ungkapan itu datang dari tindakan tentera yang sepatutnya melindungi rakyat. - anadolu, al-jazeera, republika



Erdogan Slammed The Muslim World (27/07/2013)

أيها العالم الإسلامي إن إخوانكم في مصر يقتلون، ويقتل الضمير والحقوق والعدالة، فمتى سترون كل هذا متى ستعون ان دماء إخوانكم تراق

Hey, the Islamic world! Your sisters and brothers are being slaughtered.
The justice, rights and conscious in Egypt are being slaughtered.
When will you hear it? When will you see it? When will you realize that the blood of your sisters and brothers are being shed?
You did not even realize it either in Syria.
Hundred thousand people were killed in there, you didn't raise your voice.
You still silent. For how long?
But don't forget, the same thing could happen to you tomorrow.

Isnin, 29 Julai 2013

Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah

Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah

by Hasnul Hadi Ahmad on July 27, 2013

Kebumi Di Makkah 1
Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah
Kebiasaannya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke Malaysia, tetapi terus dikebumikan di Makkah. Ini boleh dianggap satu peluang yang diberi Allah SWT untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal di Makkah, adalah sewaktu sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Di bawah ini menunjukkan gambar antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Kebumi Di Makkah 2
Jenazah disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.
Kebumi Di Makkah 3
Kebumi Di Makkah 4
Proses pengkebumian jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda kemudian hari. -Sumber
Cita-Cita Mati Di Tanah Haram
Bolehkah bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi kesana dan terjun bangunan hotel (bunuh diri). Itu tidak akan mendapat syafaat (malah kufur).
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik. Oleh: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya -Sumber
Wallahu’alam….
hasnulhadibinahmad.com

Gambar-Gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:

Gambar-Gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:
Syuhada' Syiria

syuhada' syiria
Syuhada' Mesir
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
Video yang akan membuat anda memikirkan semula kehidupan anda
A grand vacation could be just an SMS away
syuhada' syiria
syuhada' mesir
Mengapa Mereka Yang Gugur Syahid Itu Tersenyum?
Jawapan:
Firman Allah ertinya:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rezeki.Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka,dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka,bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
RasuluLLah saw bersabda:
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. (Hadith Riwayat Bukhari).
“Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka”..
Allahumma amin!

Khamis, 18 Julai 2013

POLIS TRAFIK PUTUS KAKI,MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DI REMPUH KERETA DI BESUT

POLIS TRAFIK PUTUS KAKI,MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DI REMPUH KERETA



Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk
membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?".

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

- Bernama

Rabu, 17 Julai 2013

Merancang Jantina Anak ~ Perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat:

Merancang Jantina Anak

by Abu Nafis
janin
Perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat:
Menurut Dr Hamid Arshat petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya..Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan..
Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan)..
Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)
Tapi jika sperma yang mengandungi kromosom Y yang bercampur dengan ovum yang merupakan kromosom X maka dari percantuman ini,janin yang terhasil adalah kromosom XY(anak lelaki)
Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama..Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali ,sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid..
Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki sila ikuti garis panduan berikut:
1.Anda perlu menjauhkan Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,nanas,mangga,cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba.. Makanan laut adalah digalakkan,zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan..
2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri(ovulation)adalah penting.
3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20 ml.Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan..Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi..
4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’,atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki..Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan..
Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan sila ikuti garis panduan berikut:
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau,asam,nenas,cuka,air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut..
2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid,selang sehari,sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur..
3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan..
Pesan Dr Hamid Arshat:
“Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menetukan..Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah,dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu”
Walaupun merancang jantina itu daharuskan dalam islam,namun suka untuk saya mengingatkan kepada anda beberapa perkara,seperti berikut:-
1.Jika anda merancang jantina anak tetapi ditakdirkan anda mendapat sebaliknya maka terimalah ketentuan Allah itu dengan redho dan dengan penuh kesyukuran..Ingatlah berapa ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak dan sudah bertahun berkahwin tetapi masih tidak direzekikan zuriat..Anda sangat beruntung kerana masih diberi oleh Allah zuriat.
2.Walaupun Doktor telah memberi petua-petua untuk mendapatkan jantina anak yang anda inginkan tapi ingat Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menentu dan memastikan jantina anak,mereka hanya berkongsi petua atau tips sebagai jalan ikhtiar,yang menentukan jantina adalah Allah..Jangan sampai anda beri’tiqad bahawa Doktor adalah penentu jantina anak yang bakal dilahirkan..Rosak akidah.
3.Jika anda telah megambil keputusan memilih(merancang) jantina anak dengan melakukan petua-petua yang Doktor sarankan seperti di atas,ini bermakna kekerapan untuk anda berjima’(bersetubuh) dengan pasangan anda adalah kurang..
Kesan dari kurang melakukan hubungan intim(bersetubuh) kerana ingin merancang jantina ialah:-
-kemungkinan akan berlaku tekanan perasaan dan psikologi kepada anda dan pasangan
-Mengurangkan kebarangkalian untuk si isteri hamil..Oleh itu,daripada merancang jantina lebih baik merancang untuk hamil..

Selasa, 16 Julai 2013

Karektor sebenar MB Tganu Ahmad Said !!

Adil Ikut Mat Said... MB Terengganu

BAN Politik - Mat Said: Rumah Buruk-Buruk Itu Rumah Orang Pas

Aku bukan orang terengganu tapi aku kesian kat orang terengganu mempunyai pemimpin yang macam ni. Inilah puncanya kenapa melayu semakin mundur dan terus mundur. Pemimpin umno sendiri menjadi politik sebagai medan menarik undi, sebagai medan menjaga dasar politik mereka. Dan membezakan pemberian yang sepatutnya diterima oleh rakyat. Jika benar BN ikhlas dalam memberi bantuan kepada rakyat, perkara tersebut tidak sepatutnya diucapkan kepada rakyat.

Pemimpin boleh bersilih ganti dan pemimpin yang dipilih mestilah pemimpin yang berjuang tanpa mengira batasan politik bila berkuasa. Adakah terengganu hari ini lebih maju daripada kelantan, terengganu yang sangat popular dengan pemilikan minyak, tetapi tiada bezanya GDP terengganu dan kelantan. Sampai bila melayu pantai timur mahu meniup semboyan politikus dalam membangunkan umat islam.




Info Asal : Jebat Ibrahim

MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH | WAJIB BACA Oleh Semua LELAKI


MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH | WAJIB BACA Oleh Semua LELAKI | Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan.
Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

Pemasangan Tawaf Bertingkat Di Masjidil Haram Mekah.

Gambar terkini kerja-kerja pemasangan untuk tempat tawaf bertingkat di Masjidil Haram di Mekah sedang giat dijalankan. 
Pemasangan ini dijangka siap sebelum menjelang musim haji tahun ini 1434H.
 
 
Kredit: Hj. Arshad

Isnin, 15 Julai 2013

Kota Bawah Batu "Setenil de las Bodegas"

Kota Bawah Batu "Setenil de las Bodegas"

Beberapa masyarakat di seluruh dunia ada yang memilih untuk tinggal di beberapa tempat unik, aneh dan ekstrem, misalnya bandar di dasar gunung berapi, biara huyung yang ada di pergunungan Himalaya.

Setenil de las Bodegas adalah sebuah bandar di negara Sepanyol yang kelihatan seperti bandar yang telah dihempap oleh meteor besar. Bandar unik ini dihuni kira-kira 3,000 orang yang tinggal di bawah bongkah batu.

Bandar kecil berwarna putih ini terletak sebelah timur laut wilayah Cádiz Sepanyol. Setenil de las Bodegas mempunyai tata letak kota yang unik, dimana bandar ini dibina di sepanjang jurang yang terbentuk akibat hakisan air sungai Trejo Rio, dengan banyak rumah yang dibina di dalam dan di bawah dinding jurang itu.
Percaya atau tidak, masyarakat yang memilih untuk menetap di sana mempunyai alasan yang mudah. Gua-gua alam Setenil ternyata menjadi tempat tinggal yang sesuai kerana ia akan menahan suhu panas di musim panas dan suhu sejuk di musim sejuk.

Bila mereka ingin membina rumah maka yang mereka perlukan adalah pertukangan batu. Lokasi ini dipercayai telah menjadi tempat tinggal sejak zaman pra-sejarah.

Meskipun penduduk tinggal di bawah batu, bandar Setenil de las Bodegas tetap mempunyai peradaban yang sama dengan bandar-bandar lain di Sepanyol dan dunia, disana ada restoran, tempat hiburan, kedai dan lain-lain.

Sentenil adalah bandar yang terkenal dengan hidangan seperti chorizo, minyak zaitun, madu, jem dan anggur. Pada hujung minggu semasa musim bunga dan musim panas, bandar ini menjadi tempat yang dinamik dan indah, penduduk bandar kelihatan sibuk dengan aktiviti sehari-hari di bawah batu.

Bandar ini diberi nama 'Setenil de las Bodegas' kerana ia mencerminkan sejarah yang panjang dan mengakar. Setenil berasal dari kata latin Septem nihil (tujuh kali tidak), pekara itu merujuk kepada tujuh kali serangan penguasa Katolik yang cuba untuk merebut wilayah dari bangsa Moor, diabad pertengahan dimana penduduk Arab masih memerintah sebahagian besar Sepanyol selama beberapa abad.

Bandar Setenil yang 'Padat sebagai batu' menyimpan semua jenis produk tempatan penduduk di gudang besar, pekara inilah yang kemudian digunakan pada kata kedua namanya, 'bodegas' yang berarti gudang dalam bahasa Sepanyol.








Ahad, 14 Julai 2013

Saya Melayu Mekah : Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki [Istimewa...

Keadaan Terkini Ustaz Azizan Semakin baik

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah
 
GEORGETOWN - Selepas hampir 67 hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan dilaporkan stabil dan semakin baik.

Isterinya, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaannya bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir hari ini.

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.
"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.

Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan.

Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu setelah dimasukkan ke hospital pada 7 Mei akibat komplikasi diabetik.

Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC) selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.

sumber http://www.kedahlanie.info/2013/07/keadaan-makin-baik-azizan-mahu-buat.html

Giethoorn, Kampung Netherland Yang Comel Tanpa Jalan Raya

Bagi sesiapa yang bermimpi kehidupan yang indah seperti berada era peter pan, mungkin mahu berpindah ke Giethoorn, Belanda (Netherland). Ia adalah sebuah kampung yang sangat indah dan  tidak mempunyai jalan raya. Satu-satunya akses adalah menggunakan jalan air atau berjalan kaki di atas jambatan gerbang kayu.
Ia terletak di wilayah Overijssel, terdapat 4 batu terusan dan farmhouses dengan bumbung rumbia sejak abad ke-18.

Giethoorn dikenali sebagai Venice dari Belanda. Ia tidak hairanlah Giethoorn adalah satu tarikan pelancongan yang popular dan telah diberikan nama samaran Venice Netherlands. Berbasikal dan pelayaran  adalah sebahagian daripada acara untuk mencari daya tarikan desa itu.

Kampung ini diasaskan oleh sekumpulan pelarian dari rantau Mediterranean sekitar AD 1230. Ia menjadi terkenal pada tahun 1958.

sumber http://www.bankami.net/2013/07/ban-sejuk-mata-giethoorn-kampung.html

Gambar Morsi Di Tahan Junta Tentera Mesir



Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka.

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya.

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih.

Khamis, 4 Julai 2013

Ucapan Terakhir Morsi sebagai Presiden Mesir

Ucapan Terakhir Morsi sebagai Presiden Mesir


[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?

Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi.

Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013).

Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi. Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei.

"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera. “Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya.

Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung. Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir.

"Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis. Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui.

Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya. Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa.

Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara. Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan. Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir.

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.

Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi.

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan".


Ucapan Dr Morsi :

Sesungguhnya,Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,

Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh,Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,Segala macam korupsi yang ada,Apakah dianjurkan islam?Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,Apakah itu yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki,Untuk semua rakyat di negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita,

Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,Aku mengetahui batasan aku,Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,Namun,ku mengharapkan,kamu membantu aku,Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,

Jika tidak ada sokongan kamu,Aku tidak akan berada di sini,Ku hanya memohonkan sabarmu,Ku hanya memohonkan komitmenmu,Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam,Sikapmu yang tidak sabar,

Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,untuk memimpin negara ini,Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la quwwata illa billah!

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular