Rabu, 6 Januari 2010

Diselamat Ikan Lumba-Lumba Daripada Jerung

Diselamat Ikan Lumba-Lumba Daripada Jerung

HAIWAN besar tidak semestinya ganas sebagaimana yang dibuktikan oleh ikan lumba-lumba. Spesis ini sebenarnya mempunyai sifat penyayang dan telah berkali-kali membuktikan ia sahabat kepada manusia.
Baru-baru ini sekumpulan ikan lumba-lumba telah menyelamatkan empat orang daripada serangan ikan jerung putih yang besar dan ganas.
Kejadian berlaku di pantai berhampiran bandar Whangarei di North Island New Zealand apabila kumpulan penyelamat pantai itu tiba-tiba diancam oleh salah satu pemangsa paling digeruni di laut.
Semasa kejadian, Rob Howes dan anak perempuannya Niccy, 15, serta dua orang lagi rakan mereka iaitu Karina Cooper dan Helen Slade sedang menjalani latihan sebagai penyelamat pantai, 100 meter dari pantai di Ocean Beach.
Mereka mengganggap kejadian itu sebagai pengalaman pahit yang pernah dilaluinya.
Menyedari empat perenang itu sedang dalam bahaya ancaman jerung ganas itu, sekumpulan ikan lumba-lumba berkejar datang menyelamatkan mereka. Tujuh ekor ikan lumba-lumba itu mengepung perenang-perenang itu selama 40 minit sehinggalah mereka dapat berenang ke tempat selamat.
Pada awalnya, Howes dan kumpulannya mereka diserang oleh ikan lumba-lumba tersebut. Dia menceritakan bagaimana ikan lumba-lumba itu mula mengepung mereka sehingga mereka terpaksa berpelukan antara satu sama lain.
Howes cuba berenang meninggalkan kumpulannya, tetapi dua ekor ikan lumba-lumba yang lebih besar datang menghampirinya sehingga dia terpaksa berkumpul semula dengan rakan-rakannya. Pada ketika itulah dia ternampakn seekor ikan jerung putih yang besar berukuran 3 meter panjang menuju ke arah mereka.
Howes menggiggil ketakutan bila ikan jerung itu berada hanya 2 meter daripadanya dan barulah dia sedar bahawa ikan lumba-lumba itu bukan mahu menyerang mereka, sebaliknya ingin melindungi mereka.
Selama 40 minit kumpulan ikan lumba-lumba itu mengepung mereka, manakala ikan jerung itu pula terus berlegar timbul tenggelam di sekitar mereka. Ikan lumba-lumba itu terus melibas ekor mereka menyebabkan air laut berkocak dan pada waktu yang sama cuba menakutkan ikan jerung itu.
Howes dan kumpulannya yakin sepenuhnya bahawa kumpulan ikan lumba-lumba itu memang mahu melindungi mereka daripada menjadi habuan ikan jerung.
Menurut pakar-pakar, ikan lumba-lumba akan menyerang ikan jerung untuk melindungi diri mereka atau anak-anak mereka, sebab itulah mereka datang apabila mengesan keadaan bahaya yang dihadapi oleh kumpulan penyelamat pantai itu.
Kejadian ini bukanlah kali pertama ikan lumba-lumba mendapat sanjungan kerana menyelamatkan manusia daripada ancaman ikan jerung. Menurut mitos Yunani, penulis Herodotus pernah menceritakan bagaimana Arion, seorang pemuzik telah diselamatkan setelah dicampak ke laut oleh kelasi-kelasi kapal.
Menurut kisah lagenda itu, Arion telah diusung pulang ke pantai oleh sekumpulan ikan lumba-lumba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular