Ahad, 24 April 2011

Untuk post kali ini kami ingin kongsikan koleksi gambar-gambar dan video Maru si kucing yang gemuk, comel, malas dan sukakan kotak. Tak kenal siapa Maru? Ish ish ish.. kesian.. hahaha takpe sila tonton video di bawah ni dulu untuk berkenalan dengan Maru.

dah kenal dengan Maru? ok mari kita tengok lebih banyak lagi gelagat si Maru ini
kucing comel 1
muka steam je dapat sikat.. haha
kucing comel 2
bergolek-golek atas lantai
Dkucing comel 3
ada kotak je masuk.. hohoho
Dkucing comel 4
kucing gemuk terbaring atas lantai.. hohoho
Dkucing comel 5
warrghh makan budak... hahaha
kucing comel 6
posing maut dalam kotak
kucing comel 7
saya tau saya comel hehehe >.<
kucing comel 8
ini tempat tido si Maru.. muka steam je dapat kotak.. hahaha
kucing comel 9
haha padan muka kena mandi..
kucing comel 10
buat muka kesian + comel plak si maru ni
kucing comel 11
kotak besar ke kecik ke.. semua dia sumbat masuk..
kucing comel 12
"ye.. saya mengaku.. saya memang comel.." kata Maru
kucing comel 13
asalkan boleh sumbat je ko ni Maru
kucing comel 13
kucing jadi mangsa kerakusan tuan dia.. hahaha
kucing comel 14
kucing mata sepet dok dalam kotak..
kucing comel 15
beraksi di sinki
kucing comel 16
purrrr...
kucing comel 17
bersantai-santai. hahaha
kucing comel 18
main dengan toy baru.. hohoho
kucing comel 19
bergolek-golek sampai jatuh.. hohoho
Macam mana? comelkan? hahaha kalau nak tengok lebih banyak aksi comel lagi sila layari sumber kami, laman web rasmi si Maru ni ye hohoho.
cisdel main kotaksumber: I am Maru

まるです。

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew


Tan Sri Dato' Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.

Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.

Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.

Sumber: Tan Sri Dato' Loh Boon Siew | MalaysiaSensasi.Net

Selasa, 19 April 2011

Koleksi Petua Menghilangkan RESDUNG

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, April 19, 2011 at 6:11pm
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.
APA ITU SINUS ? 
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka  disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran  aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga  rongga ini setiap masa dan disalirkan  kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya  kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan  penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS
Sumbat hidung
Lender dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)
Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
Jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Menerukkan keadaan lelah
Berdengkur secara kronik
Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
Alahan hidung
Selsema biasa yang melarat


Petua 1:
1. Sedikit akar terung kemar
2. Sedikit akar mengkunyit
3. Akar melur susun
4. Akar melur biasa
5. Kemenyan
Caranya:
Ø Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
Ø Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.

Petua 2:
  • Hiris halus 3 biji bawang merah.
  • Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
  • Wapkan ke muka anda.
Petua 3:
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya

Petua 4:
1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.
2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.
3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.

Jamal Abdillah - Tak Hilang Cinta Karaoke

JAMAL ABDILLAH Tak Hilang Cinta Di Dunia 2009

Herman Tino : Mengapa Dikenang Mengapa Difikir (HQ Audio)

Jamal Abdillah-Kau pergi demi pertiwi

Dasira - Oja

Maafkanlah Ibu - Oja

Isnin, 18 April 2011

Antara Dua Jantung


Dalam artikel lepas, saya telah bahaskan tentang qalb atau jantung hati dalam bahasa melayu dan heart dalam bahasa Inggeris. Dalam kesihatan tubuh kita mesti memiliki jantung yang sihat atau healthy heart. Perkataan jantung yang sejahtera atau healthy heart disebut dalam bahasa ‘Arab qalb salim’.

Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh kita memerlukan kesihatan jantung, menjaga kesihatan ruh atau nilai-nilai spiritual dalaman juga memerlukan ‘qalb salim’ atau healthy heart atau jantung yang sihat sejahtera. Walaupun maksud jantung spiritual dalam al-Quran dan Sunnah itu agak simbolik, namun kaitan dengan jantung fizikal menunjuk kepada tempat berfungsi dan peranan kerohanian yang dimain. Firman Allah: (maksudnya)
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi (mengambil iktibar) supaya maka mereka menjadi orang-orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada dalam dada” (Surah al-Hajj: 66).

Yang Selamat
Al-Quran menyebut:
“Hari (Kiamat) yang tidak bermanfaat harta benda dan anak-pinak. Kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan jantung yang sejantera”. (Surah al-Syu’ara’,: 88-89).
Inilah gambaran Allah mengenai Hari Kiamat kelak. Harta dan anak-pinak termasuklah kedudukan, kemuliaan, pangkat dan segala kemegahan yang lain yang dimiliki oleh seorang di dunia ini tidak lagi dapat memberi manfaat kepadanya jika dia tidak memiliki jantung atau dalam kefahaman melayunya ‘jantung hati yang sejahtera’. Jika hidup di dunia kita amat yakin betapa kita perlukan jantung yang sihat, maka bagi yang yakin tentang kewujudan kehidupan selepas mati (hereafter) dia pasti merasa betapa wajib baginya untuk memiliki qalb salim atau jantung hati yang sejahtera di sudut spiritualnya.
Dua Jenis Jantung


jantung-1.jpg
Jantung fizikal berbeza dengan jantung spiritual. Sesiapa dari segi fizikalnya mempunyai masalah jantung fizikal seperti sakit jantung atau lemah jantung, tidak menghalangnya sama sekali untuk memiliki jantung yang sejahtera dari segi kerohaniannya (spiritualnya). Bahkan seorang yang memiliki jantung yang sihat dari segi fizikalnya, belum tentu memiliki jantung yang sihat dan disayangi Allah dari segi kerohaniannya. Jantung fizikal (physical heart) dan jantung ruhani (spiritual heart) amat berbeza di sudut peranan dan alam yang keduanya berada. Ia sama pada tempat ia berpusat ia di dada insan, tetapi berbeza peranan yang dimainkan.
Untuk kehidupan atau kesihatan fizikal, organ jantung fizikal perlu sihat. Demikian, untuk kedamaian kehidupan rohani agar jiwa penuh pasti hala tujunya, sabar, tenang, yakin dan tawakal, seseorang insan memerlukan jantung hati atau jantung spiritual yang sihat sejahtera. Inilah yang diistilah sebagai qalb salim dalam al-Quran. Inilah yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Saffat ayat 84.
Qalb Salim
Saya tertarik dengan kesimpulan makna qalb salim atau jantung hati yang sejahtera yang dinyatakan oleh al-Imam Ibn Qayyim r.h (meninggal 751H). Kata beliau:
“Jantung hati yang sejahtera ialah yang selamat dari kewujudan sebarang syirik kepada Allah. Bahkan mengikhlaskan segala pengabdian untuk Allah samada dari segi kehendak, cinta, tawakkal, kembali kepadaNya, merendah diri kepadaNya, takut dan harap”. (Ibn al-Qayyim, Tibb al-Qulub, 37, Damsyik: Dar al-Qalam).
Tambah beliau juga: “Ini semua tidak memadai sehinggalah selamat tindakan seseorang dan hukumannya dari mencontohi selain Rasulullah s.a.w. Maka jantung hatinya menetapkan satu ketetapan pasti bahawa teladan dan contoh dalam ucapan dan perbuatan hanya dari Rasul s.a.w, bukan orang lain”.

jalan-lurus-copy.jpg
Ertinya, jantung hati atau spiritual heart yang sejahtera yang membolehkan insan pulang kepada Allah dengan selamat dan diterimaNya ialah jantung yang bersih dari segala penyakit jiwa kotor seperti syirik, tidak bergantung kepada Allah, tidak ikhlas, tamak, sombong, riyak dan kontang dari perasaan takut dan gerun kepada Allah.
Setelah itu semua dipenuhi, hendaklah dipastikan jalan yang ditempohi dalam menterjemahkan kandungan jantung hati ke alam tindakan itu bertepatan dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Apa-apa sahaja teladan dan contoh yang tidak seiras atau bertentangan dengan Rasul yang diutuskan Allah itu hendak dipinggirkan. Ini kerana, tindakan atau perbuatan insan adalah terjemahan dalaman jantung hatinya. Jika jantung hati itu telah berazam untuk berpegang dengan jalan Allah, pasti apabila diterjemahkan ia akan menepati jalan Rasul yang ditabalkan Allah. Dengan itu lahirlah qalb salim.
Keindahan Jantung Sejahtera
Jantung yang berpenyakit adalah keperitan. Samada jantung fizikal atau rohani. Apabila ia sakit, kehidupan menjadi sukar. Banyak yang terganggu. Jantung rohani jika sakit dicemari nilai-nilai buruk amat pedih dan perit. Mungkin yang tidak pernah sihat, tidak dapat menghayati erti kesakitan yang sebenar.
Namun, sesiapa yang pernah sihat dan tahu nikmat sihat, akan mengerti betapa bezanya antara sakit dan sihat. Jantung yang sihat dari segala penyakit rohani akan menikmati erti hidup, kelapangan makna perjalanan hidup dan nikmat bergantung kepada Allah. Siapa yang tidak merasainya, gagal memahaminya!
Ia satu keindahan. Dunia dilihat hanya satu dataran kecil atau lintasan hidup dalam menuju bahagia abadi. Ujian dunia sering membawa insan yang sejahtera jantung rohaninya mendekati Tuhannya. Tangisan dan senyuman, sedih dan gembira, senang dan susah, hidup dan mati semuanya dihubungkan dengan Allah Yang Maha Pencipta. Dia menangis dalam tersenyum dan tersenyum dan menangis. Pilu dalam tawa, dan tawa dalam duka.
Kehidupan sentiasa dipulangkan kepada Penciptanya. Ketika dia ketawa ria, dia memahami kadar kegembiraan dunia ini. Demikian ketika dia menangis duka, dia juga tahu kadar kedukaan di dunia ini. Dunia hanya lintasan tempat menumpang lalu. Baginya di sana kehidupan abadi sentiasa menanti untuk menyambut jantung hatinya yang sejahtera!

Opening of the Ka'aba Door (High Quality)

Selasa, 12 April 2011

rm1rm3rm14rm12rm5rm7rm16rm10rm18rm8rm11rm13rm15rm6rm19rm2rm20rm24rm23
Hasil minat saya pada kerja tangan manusia kreatif membuatkan saya turun ke Jalan Sultanah untuk sentuh sentuhan semula En. Ruslin kepada rumah tradisional Kedah. Walaupun dicampur dengan elemen moden untuk penyesuaian tapi idea asal pencipta atau tukang kayu dulu 90% dikekalkan. Istilah2 rumah Kedah saya amat tak mahir jadi lepas ni terpaksalah buka kitab dan berjumpa org2 lama Kedah.
Rumah ini masih dalam proses penyiapan peringkat akhir. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan singgah sekali lagi untuk bersembang sendiri dengan en. Ruslin. Nak tanya kenapa minat sangat nak tegakkan semula rumah lama ni. Saya pun ada menyimpan hasrat untuk berbuat sepertimana en. Ruslin buat. Suatu hari nanti lah.
Terima kasih kepada cik Ruslina walaupun dia tak dapat bawa saya pusing2 rumah ni. Dan terima kasih banyak2 buat pakcik  alamak boleh lupa nama iaitu abang kepada en Ruslin yang sudi melapangkan masa tunjukkan setiap inchi rumah ni dan cerita serba apa yang dia tahu. Tapi istilah2 tu banyak yang saya lupa sebab x tulis. Saya akan rujuk semula pada kitab2 yang patut.
Gambar2 di atas sebahagian gambar yang sempat saya rakam sepanjang 45 minit saya di situ dengan anak2 dan isteri saya. Memandangkan saya ada temujanji di Ipoh petang tu, tak dapatlah saya duduk lama2 dan kalau boleh nak minum kopi sekali. :)
* Kalau pergi rakam gambar atau ke mana2 bawalah pen dan buku nota kecil, PDA, Smartphone . Catat apa yang patut untuk rujukan masa akan datang.
Tags: , , ,

Ahad, 10 April 2011

1. Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
2. Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
3. Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
4. Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
5. Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam.
6. Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
7. Mengandungi asid sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.

Selasa, 5 April 2011

Peristiwa Penting Sidang Dewan Hari Ni...

Ketua Pembangkang Tunduk Rapat, Syed Sobri Keluar Dewan, Tajuddin Terduduk lalu Bashah terlentang!...

Peristiwa 1.

Cuba memerangkap tapi terjolok sarang tebuan! Ketua Pembangkang  mengemukakan soalan lisan no. 1 tentang kerugian GLC. Katanya 'sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak GLC telah mengalami kerugian... dan dia menyenaraikan 4 GLC yang disakwa rugi, antaranya Kedah Agro Sdn Bhd dan YIKED Holding. Soalan ini dijawab oleh YB Dato' Hj Amiruddin Hamzah . Dalam jawapannya, yaqng berdasarkan penyata beraudit syarikat terbabit, tiada GLC yang rugi sejak 2008, malah Yiked Holding yang mengalami kerugian pada 2005 dan 2007, telah mencatat keuntungan walaupun kecil sejak 2008 hingga 2010.

Oleh kerana sangkaan tentang kerugian telah salah, maka Ketua Pembangkang yang belum puas hati membuat soalan tambahan mengenai pelaburan PKB di Papua New Genuea...adakah PKB membuat pinjaman off-shore kerana ada kunjungan pegawai kerajaan ke London untuk urusan itu (mana dia tahu ni...barangkali kerap ke London dan terjumpa orang kerajaan negeri di sana). Jawapan Dato' Amiruddin sekali mengecewakan beliau kerana setelah dipertimbangkan, pinjaman tersebut di batalkan oleh PKB.

Peristiwa penting muncul dengan soalan tambahan daripada YB Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil). Soalannya begini: “Berasaskan pengetahuan umum juga, pendapatan GLC sebelum tahun 2008 didakwa telah disalahgunakan untuk kepentingan politik UMNO, adakah dakwaan itu benar? Dato' Amiruddin bangun menjawab dengan merujuk penyata audit syarikat Seri Temin yang jelas bahawa memang benar dakwaan tersebut dengan penemuan-penemuan audit antaranya seperti berikut:



Ada lagi tu... cukup setakat ni. (Bacalah sendiri....! Hebat dak depa dolu-dolu...? Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun pisang.)

Suasana jadi panas, Adun BN mula bising...Adun Kuala Nerang bangun cuba memberi penjelasan atas kapasitinya sebagai CEO Seri Temin Sdn Bhd semasa wang syarikat itu digunakan oleh UMNO untuk perbelanjaan politik mereka (mencecah RM8 juta kesemuanya!) Oleh kerana ia tidak dibolehkan oleh peraturan Dewan, maka Speaker tidak memberi laluan. Beberapa ADUN BN yang lain juga cuba bangun dan membuat bising atas pendedahan Dato' Amiruddin itu tapi tidak dibenarkan oleh Spreaker. 'Ini bukan perbahasan Yang Berhormat, ini sesi soalan jawab lisan...tak boleh mencelah'...kata Speaker.


Barangkali kecewa dikambinghitamkan oleh ketuanya waktu itu, dan menanggung akibatnya sekarang, Adun Kuala Nerang keluar meninggalkan Dewan dengan wajah masam mencuka + geram! Dato' Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah buleh terlentang dengan pendedahan tersebut. Tentu ada lagi perbuatan seumpama ini. Kalau BN tak kalah 2008 dulu, benda ni semua rakyat tak akan tau...sedaplah depa! Sarang tebuan di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, depa semua baru belajar, ketaq menggigil tak lalu makan!

Peristiwa 2

Kerajaan Pusat Macam Upah Berok naik Nyoq! Adun Belantek Mereka cerita....

Dalam soalan YB Mohamad Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan), berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam proses penghantaran pulang pelajar yang dibawa balik oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid, Dato' Taulan Rasul menjawab bahawa kosnya ialah RM2,100 seorang tidak termasuk duit poket RM500 seorang. Kos keseluruhan ialah RM1.82 juta.

Bangunlah YB Tajuddin Abdullah (BN- Belantek) mendakwa kerajaan pilih kasih kerana telah memberi wang poket berdasarkan politik (Hanya budak PAS diberi wang saku...) Contohnya kata Tajuddin “... pelajar bernama Amira Abd Hamid yang pulang dalam Ops Piramid dari DUN Belantek datang menangis-nangis depan saya minta tolong nak dapatkan wang poket 500 tu. Dia sorang saja tak dapat”... Amira menunggu-nunggu tapi tak dapat juga wang saku sampai sekarang,...jelaslah kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi! dakwa YB Tajuddin dengan penuh yakin boleh!!!. (Kononnya dia ada bukti dan testimoni)

(Aik??? Sempatkah kakitangan Yayasan Islam dok pi periksa pelajar tu PAS ka UMNO...yang dapat wang saku 600 orang lebih, Amira saja tak dapat...Amira sorang saja ka pelajar di Mesir anak orang UMNO???)

Soalan ni dijawab oleh MB sendiri bahawa hanya pelajar yang pulang dalam OPS Piramid sahaja diberi wang saku dan dihantar pulang dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Yang pulang sendiri sebelum itu, atau pulang kerana makan kenduri kakak kahwin, balik menikah, rindu kat mak, ayah panggil balik dsb tidak dibiayai oleh kerajaan. (Yang pulang dengan Ops Piramid dikenalpasti dengan cop khas imegresen di pasport).

Walaubagaimanapun, kata MB, Kerajaan akan melihat semula isu sekiranya benar ada pelajar yang tercicir dari menerima pembiayaan balik ke Mesir dan wang saku, kerajaan akan ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaaan. Kerajaan akan bersikap adil kepada semua pelajar dan ibu bapa!

Masa inilah MB mengherdik Kerajaan Pusat yang hanya pandai bawak balik tapi tak mau hantar balik ke Mesir bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kata DS Jamil Khir yang urus OPS Piramid 'Negeri BN Kerajaan Pusat tanggung, negeri PR terserahlah kat depa' - ini barulah diskriminasi!!)

Kata MB... “Macam Upah Berok Naik Nyok...upah naik 2 biji, turun ikut suka... tak dak upah, nak tidoq atas pokok pun tak pa”. (Upah di bayaq kepada tuan berok untuk naik saja!). Lalu dewan jadi riuh rendah kerana ADUN BN marah kepada MB kerana kata kerajaan pusat macam berok naik nyoq!!! (Padan la pun perumpamaan tu dengan depa!) Oooo kalau beruk tak boleh, saya turunkan sikit...bukan berok, tapi kera!... seluruh dewan ketawa! Ramai Adun BN berdiri tak puas hati dengan perumpamaan itu....

Tiba-tiba sehelai kertas disampaikan oleh bentara dewan kepada MB. MB pun bangun dan menyatakan... Ini saya nak jawab soalan tadi. Saya baru dapat jawapan dari orang dibelakang... Amira Bt Abd Hamid Pulang sebelum OPS Piramid. Dia dari Kg Belantek, Sik dan bapanya orang kampung panggil Hamid Matloh!(Muallaf). Lain kali check betoi-betoi sebelum mai bercakap dalam dewan ini. Ini satu cubaan menfitnah kerajaan negeri dan berbohong di dewan yang mulia ini oleh Adun Belantek! Brraaauuuu!!!...Para penyokong kerajaan dan EXCO menepuk meja...Tajuddin terduduk kerana berbohong! Up! Ap! Up Ap! Eh errr! Saya tanya saja...takkan tak dapat kottt! Kata Tajuddin cuba 'cover line... “cover waterface.”

Tajuddin memalukan orang Belantek! Anak Bang Mid takkan menangis untuk RM500!

Amira Abdul Hamid adalah pelajar cerdik dari Kg Belantek, bapanya Abdul Hamid Ali adalah seorang kontraktor yang berjaya sejak tahun 80-an lagi. Anak-anak beliau semua cerdik dan bijak seperti Dr Rosnani dan Zahari. Dua beradik ini bersekolah bersama saya di Sek. Sultan Mohamad Jiwa (Sek. Men. Sains Kedah – sekolah berasrama penuh). Zahari class mate saya tingkatan 1 hingga 3, (untuk rekod, ada 6 orang saja pelajar dari Sik berjaya masuk SSMJ tahun 1987 termasuk Zahari dan saya). dia berjaya sambung belajar ke Jepun dan bekerja di sana sebelum pulang dan berkhidmat dengan sebuah bank internasional. Dia kemudian berhenti dan meneruskan perbiagaan seperti bapanya. Rosnani kakaknya menjadi doktor dan ada klinik di Jeniang.

Sebenarnya Bang Mid yang prihatin dan dermawan. Sebelum kerajaan memutuskan untuk bawa rakyat Malaysia pulang dalam OPS Piramid, kerana bimbangkan anaknya di Mesir, beliau telah membawa pulang anaknya dan membiayai 3 pelajar lain atas keprihatinannya itu. Saya rasa anak Bang Mid (Amira) takkan menangis depan Tajuddin hanya kerana RM500 itu. Rasanya eksploitasi dan 'cerboh' (cerita bohong) Adun Belantek ini telah memalukan Bang Mid dan anaknya...serta seluruh orang Belantek...Apa raaaa!

Bersambung dengan Peristiwa 3 dan Peristiwa 4 dalam posting akan datang!!! 
http://sanusisetpol.blogspot.com/

Isnin, 4 April 2011

Enrique Iglesias - Hero

The Black Eyed Peas - Just Can't Get Enough

Enrique Iglesias - I Like It (Behind the Scenes)

Enrique Iglesias - I Like It

Nothing Gonna Change My Love For You

Careless Whisper

dari HANG TUAH sampai ke MAHSURI kini mai kat ANWAR... tak ada tektik lain kah wahai umat yang berbangsa MELAYU...

Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban
PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
“Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
“Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.
Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?
Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu di negara ini.
“Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
“Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini,” jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
“Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
“Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
“Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam,” ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
“Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
“Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat,” tegas beliau.
Anwar dianggap simbol
Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Dr Abu Hassan.
Prof Dr Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya beragama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.
“Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud – Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.
“Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang”.
http://www.freemalaysiatoday.com

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular