Di Rumah Kedah milik En.Ruslin
September 10, 2009Hasil minat saya pada kerja tangan manusia kreatif membuatkan saya turun ke Jalan Sultanah untuk sentuh sentuhan semula En. Ruslin kepada rumah tradisional Kedah. Walaupun dicampur dengan elemen moden untuk penyesuaian tapi idea asal pencipta atau tukang kayu dulu 90% dikekalkan. Istilah2 rumah Kedah saya amat tak mahir jadi lepas ni terpaksalah buka kitab dan berjumpa org2 lama Kedah.
Rumah ini masih dalam proses penyiapan peringkat akhir. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan singgah sekali lagi untuk bersembang sendiri dengan en. Ruslin. Nak tanya kenapa minat sangat nak tegakkan semula rumah lama ni. Saya pun ada menyimpan hasrat untuk berbuat sepertimana en. Ruslin buat. Suatu hari nanti lah.
Terima kasih kepada cik Ruslina walaupun dia tak dapat bawa saya pusing2 rumah ni. Dan terima kasih banyak2 buat pakcik alamak boleh lupa nama iaitu abang kepada en Ruslin yang sudi melapangkan masa tunjukkan setiap inchi rumah ni dan cerita serba apa yang dia tahu. Tapi istilah2 tu banyak yang saya lupa sebab x tulis. Saya akan rujuk semula pada kitab2 yang patut.
Gambar2 di atas sebahagian gambar yang sempat saya rakam sepanjang 45 minit saya di situ dengan anak2 dan isteri saya. Memandangkan saya ada temujanji di Ipoh petang tu, tak dapatlah saya duduk lama2 dan kalau boleh nak minum kopi sekali.
* Kalau pergi rakam gambar atau ke mana2 bawalah pen dan buku nota kecil, PDA, Smartphone . Catat apa yang patut untuk rujukan masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan