Khamis, 15 September 2011

Sultan Selangor Kurnia Status Diraja Kepada ISM



17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.

Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).

Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu.

Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

“Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa,” katanya.

Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan ‘Malaysian Surveyor of the Year’ kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini