ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berangkat
ke Kuala Lumpur Selasa ini untuk majlis perlantikan baginda sebagai Yang
Di-Pertuan Agong yang ke-14.
Baginda bersama Tuanku Sultanah Haminah Hamidun akan diarak dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas sebelum menaiki pesawat khas pada 8.10 pagi.
Baginda bersama Tuanku Sultanah Haminah Hamidun akan diarak dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas sebelum menaiki pesawat khas pada 8.10 pagi.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri, Pengurusan Korporat,
Mohd Rizal Mohd Radzi, acara dimulakan seawal 6.45 pagi dengan
keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah ke anjung
Istana Anak Bukit diikuti bacaan doa dan laungan azan.
"Ia disusuli dengan permainan Nobat 'Raja Berangkat' sebelum baginda
Sultan dan Sultanah berangkat dari Istana Anak Bukit ke LTSAH menaiki
kenderaan khas tidak berbumbung," katanya semasa memberi taklimat media
di sini hari ini.Mohd Rizal berkata, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah kemudian diarak sejauh kira-kira lima kilometer ke LTSAH dan di sepanjang perjalanan akan dialu-alukan oleh kira-kira 50,000 rakyat dari seluruh negeri Kedah.
"Seluruh rakyat Kedah diminta bersama-sama menghantar Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah ke lapangan terbang. Mereka diharap berkumpul di kiri kanan jalan dari Istana Anak Bukit ke lapangan terbang dari jam 6 pagi," katanya.
Beliau berkata, di empat perhentian bas sepanjang perjalanan akan diadakan pertunjukkan silat kepada orang ramai dan di lapangan terbang, Tuanku Sultan akan memeriksa perbarisan kehormat sebelum berangkat. Katanya, LTSAH akan ditutup kepada orang ramai selama satu jam mulai 7.30 pagi.
Sehari sebelum itu akan diadakan istiadat perlantikan Jemaah Sultan di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan