Rabu, 13 Jun 2012

ABDUL RAHMAN Bin AUF - JUTAWAN YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW


Sumber: FB Rahsia Perkahwinan - ABDUL RAHMAN b AUF - JUTAWAN YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW

Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada ALLAH dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia dan diantara 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk Syurga.

Beliau seorang yang kaya sebelum Islam lagi. Dan beliau adalah antara 8 orang pertama yang memeluk Islam. Lepas Islam, beliau bertambah kaya. Semasa hijrah, beliau telah meninggalkan semua hartanya di Mekah untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW ke Madinah.

Kaya Bukan Pada Harta, Tapi Nilai Dirinya

Ketika sampai di kota Madinah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan dengan kaum Ansor yang paling kaya. Sahabat Ansor ingin menghadiahkan dia harta dan isteri. Tapi beliau tolak. Beliau memohon ditunjukkan padanya pasar dan dia pun memulakan perniagaannya di Madinah.

Perniagaannya telah berkembang maju. Menewaskan perniagaan orang Yahudi di Madinah!

Hebatnya Abdul Rahman bin Auf... Beliau bukan sahaja kaya, tapi beriman. Hartanya yang banyak tidak pernah menenggelamkannya dalam kekayaan. Beliau tidak pernah tertipu dengan dunia.

Kerjanya di tengah malam ialah mencari peniaga-peniaga yang berhutang. Sekiranya ada, beliau akan melangsaikan hutang bagi pihak orang yang berhutang tanpa diberitahu bahawa Abdul Rahman lah yang melangsaikan hutang...

Walaupun sangat sibuk dengan perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf sentiasa solat 5 waktu dibelakang Rasulullah SAW.

Membelanjakan Harta Demi Keredhoan Allah

Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Anas rha. katanya: "Tatkala Aisyah rha. berada di dalam rumahnya, beliau telah mendengar satu suara di Madinah. Beliau bertanya "Apakah yang telah terjadi? Kaum muslimin menjawab: "Kafilah Abdul Rahman bin Auf terdiri dari 7 ratus unta."

Maka bergemalah Madinah dengan teriakan suara tersebut. Aisyah rha. berkata aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Aku melihat Abdul Rahman masuk kedalam syurga dengan merangkak. Apabila kata–kata Rasulullah SAW tersebut sampai ke pengetahuan Abdul Rahman bin Auf lalu beliau berkata: Jika aku mampu, aku akan masuk syurga itu dalam keadaan berdiri. Lalu beliau menyerahkan kesemua unta tersebut di jalan ALLAH SWT.

Peristiwa ini jelas mengisyaratkan bahawa Abdul Rahman bin Auf sekalipun dilimpahi harta kekayaan dalam hidupnya tetapi tidak sampai ia menjadi hamba kepada harta, malah juga tidak mampu untuk melalaikan beliau daripada mengingati ALLAH SWT.

Situasi ini menunjukkan beliau menguasai harta bukan harta menguasai beliau.

Kezuhudan Abdul Rahman bin Auf rha. ini sangat menyerlah, bukan sahaja melalui peribadi dan aksinya bahkan sikap dan prinsip beliau. Inilah yang menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang amat disenangi oleh penghuni dibumi dan juga penghuni dilangit. Beliau dijamin syurga oleh Baginda Rasulullah SAW.

Adakah kita sesibuk beliau ? Untuk peringatan kepada RP dan juga Warga RP sekalian. Renungkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular