Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat
Harakahdaily, | 28 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.
Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.
Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.