Khamis, 28 Februari 2013

Runtuh Lagi!... Jambatan Runtuh Di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.

Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.
Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.
Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.
“Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat,” katanya.
Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan




Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan
Laporan lanjut akan menyusul…

Sumber : Harian Metro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular