Rabu, 19 Februari 2014

Amalan Untuk Melawan Gangguan Jin

solat berjemaah
Banyak perkara yang harus dilakukan oleh pesakit supaya jin yang mengganggu tidak kembali lagi ke dalam tubuh. Adab dan etika ini haruslah dipatuhi pesakit dengan harapan kita menutup ruang-ruang yang ada sebagai menghalang kemasukan jin tersebut.
Berusahalah sebaik mungkin, berdoa dan bertawakkal jua kepada Allah SWT semoga kita sembuh dalam kebaikan hidup.
  • HENDAKLAH menjaga solat berjamaah.
  • JANGAN mendengar lagu,muzik dan tv yang melalaikan.
  • HENDAKLAH sentiasa berwudhuk dan membaca ayat kursi sebelum tidur atau untuk kemana jua.
  • JANGAN kencing atau membuang najis di lubang ataupun menyakiti anjing dan kucing
  • HENDAKLAH berbaik sangka kepada Allah untuk menyembuhkan sakitnya.
  • JANGAN berubat dengan perawat yang berdamping dengan jin.
  • HENDAKLAH membaca al quran setiap hari
  • JANGAN menggantung gambar dari jenis bernyawa di dalam rumah.
  • HENDAKLAH banyak bersabar dan meanggap sakitnya sebagai ujian dari Allah SWT.
  • JANGAN sekali-kali berputus-asa atau jemu berubat.
  • HENDAKLAH menjaga aurat bagi yang perempuan.
  • JANGAN tidur bersendirian jika terpaksa ambil wudhuk sebelum tidur.
  • HENDAKLAH menyebut nama Allah setiap kali melakukan setiap perbuatan harian.
  • JANGAN gunakan kaedah atau bahan ubat yang ditegah agama.
  • HENDAKLAH sentiasa berzikir sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Ini adalah panduan secara umum. Anda boleh merujuki mana-mana perawat Islam untuk mengetahui jenis amalan serta kaedah pengubatan yang bersesuaian dengan penyakit anda sendiri. Moga diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk kita beristiqamah dengan amalan wajib dan sunat mudah-mudahan akan terpelihara daripada sebarang gangguan manusia dan jin.

Sumber: As Syifa Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini