Selasa, 25 November 2014

5 Kualiti Menjadi Usahawan Berjaya

oleh Azizan Osman pada 24 November 2014
Usahawan Berjaya
Artikel ini diambil dari Majalah AO Tribe Edisi 3
Robert Kiyosaki merupakan seorang pakar pelaburan di Amerika Syarikat, usahawan, penulis buku dan juga seorang penceramah motivasi yang berkesan. Beliau telah menerbitkan 15 buah buku dengan jualan secara keseluruhan berjumlah lebih dari 26 juta buah buku. Tiga buah buku beliau telah disenaraikan sebagai antara sepuluh (10) buah buku terlaris di The Wall Street Journal, USA Today dan the New York Times.
Di dalam topik kali ini, kita akan membincangkan apakah yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Terdapat 5 kualiti asas penting yang telah dijelaskan oleh Robert Kiyosaki di dalam soal jawab beliau bersama Alex Pirouz berkaitan topik menjadi usahawan berjaya.
Soalan: Apakah yang diperlukan oleh individu bagi menjadi usahawan yang berjaya?
Robert Kiyosaki: Ia memerlukan cita-cita (matlamat) dan keinginan yang tinggi bagi menguasai seni dan sains dalam proses menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pada pendapat saya, cita-cita adalah lebih penting berbanding dengan minda. Ini kerana jika anda mempunyai cita-cita yang kuat, anda mampu peroleh minda yang mantap.
Soalan: Apakah peraturan utama anda di dalam perniagaan?
Robert Kiyosaki: Lagi banyak anda servis atau membantu orang lain, lagi banyak wang anda akan perolehi. Semudah itu sahaja!
Soalan: Adakah anda rasa zaman sekarang lebih mudah berbanding zaman mula-mula anda berniaga?
Robert Kiyosaki: Ia tidak pernah mudah pada peringkat awal berniaga, tetapi pada hari ini dengan dunia teknologi yang semakin maju dan Internet yang tiada hadnya, anda boleh melakukan pemasaran dengan lebih mudah di peringkat antarabangsa.
Soalan: Apakah skil utama yang perlu usahawan pelajari?
Robert Kiyosaki: Saya rasa cara meningkatkan pendapatan perniagaan merupakan skil utama yang perlu dipelajari. Pada hari ini anda harus menjadi seorang usahawan yang sangat bagus sehinggakan orang lain sanggup memberi wang kepada anda. Anda perlu mempunyai bukti yang kukuh dan berkesan dalam proses penyampaian maklumat. Ini kerana terlalu banyak usahawan yang tidak mempunyai etika baik di luar sana. Kebanyakan usahawan tidak tahu cara untuk menjadi seorang yang hebat dan akibatnya mereka tidak dapat berkembang dengan pesat.
10q_kiyosaki_tout
Soalan: Adakah anda rasa terdapat kualiti-kualiti tertentu yang diperlukan bagi menjadi usahawan yang berjaya?
Robert Kiyosaki: Saya dan Donald (Donald Trump) telah bersetuju dengan bersandarkan pengalaman kami sepanjang menjadi usahawan bahawa terdapat 5 kualiti asas penting yang perlu ada di dalam diri usahawan bagi memperolehi Midas Touch (sentuhan emas).
Kualiti yang pertama yang diperlukan oleh setiap usahawan adalah kekuatan karektor diri. Di dalam perniagaan, usahawan akan sentiasa dibayangi dengan cabaran. Lagi banyak anda memperolehi kejayaan, lagi banyak cabaran yang akan mendatang. Yang penting adalah bagaimana cara anda mengatasi dan mengawal cabaran ini yang akan menentukan anda seorang usahawan yang kuat ataupun tidak.
Kualiti kedua adalah berkaitan dengan fokus. F.O.C.U.S iaitu Follow One Course Until Success yang bermaksud, menumpukan seluruh tenaga dan tumpuan mengikut satu jalan sehingga anda berjaya mencapainya. Kebanyakan usahawan gagal kerana kekurangan kekuatan karektor dan kemampuan untuk fokus pada satu perkara sehingga ianya berjaya diperolehi.
Kualiti ketiga ialah perhubungan. Tidak kira anda menghadapi masalah perniagaan, perkahwinan atau pelaburan, ia menunjukkan bahawa anda mempunyai perhubungan dengan pasangan yang tidak sesuai. Ini bukan bermaksud pasangan ini jahat. Ia hanya bermaksud mereka tidak sesuai untuk tugasan yang diberi. Bekerja dengan pasangan yang tepat merupakan intipati yang diperlukan bagi menjadi usahawan berjaya.
Kualiti yang keempat ialah keupayaan usahawan untuk membina jenama (brand). Banyak usahawan bekerja keras untuk membina perniagaan. Hanya segelintir sahaja yang membina jenama. Membina perniagaan dan menukarkannya menjadi satu jenama merupakan intipati bagi mencipta Midas Touch. Sebagai contoh, jenama Coca-Cola bernilai lebih tinggi daripada kilang-kilang pemprosesannya, peralatan dan kapital syarikatnya.
Kualiti kelima yang terakhir ialah menyelesaikan perkara atau tugasan kecil dahulu. Terlalu ramai usahawan yang berfikiran sempit dan gagal untuk fokus menyelesaikan tugasan kecil yang memberi keuntungan terlebih dahulu.
Soalan: Apakah yang perlu diteliti oleh usahawan dalam pencarian rakan niaga?
Robert Kiyosaki: Anda perlu mencari rakan niaga yang boleh melengkapkan perniagaan anda dari segi skil dan ilmu. Rakan niaga juga harus mempunyai nilai dan misi yang selari dengan diri anda serta mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna dalam perniagaan yang tidak mampu anda berikan.
Soalan: Apakah skil utama yang anda miliki yang membolehkan anda berjaya di dalam perniagaan?
Robert Kiyosaki: Pembangunan diri merupakan skil utama saya. Ia telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang ikhlas terhadap diri dan juga kepada orang lain. Saya sentiasa mencari pertolongan dari pakar-pakar yang ada dan kerap berjumpa dengan pakar terapi kerana untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda perlu menjadi gila-gila (luar biasa).
Soalan: Kenapa anda memilih untuk menjadi seorang usahawan?
Robert Kiyosaki: Saya memilih untuk menjadi usahawan kerana saya tidak mahu memiliki kehidupan yang terhad dari segi kewangan dan sudah semestinya saya tidak mahu menjadi seorang miskin. Setiap tahun saya dan isteri akan menetapkan matlamat berapa banyak yang kami ingin peroleh dan kami dapati untuk memperolehi lebih banyak, anda perlu memberi lebih banyak.

Adakah anda seorang usahawan atau bakal usahawan?
Pelajari bagaimana membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan di Marketing Mastery.
Hubungi 019-244 2244 atau 019-244 2400 untuk Harga istimewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular