Rabu, 3 Disember 2014

Rahsia Bawang Putih

Berita Baik Bagi Penggemar Bawang Putih!


Adakah anda sudah mengetahui manfaat bawang putih untuk kesihatan? Ya, bawang putih sudah di kenal sejak lama sebagai ubat dan bermanfaat untuk kesihatan. Apalagi bawang putih sangat mudah untuk didapati di pasaran.
Kita disarankankan untuk mengambil satu ulas bawang putih 1-3 kali sehari. Sedangkan anak-anak boleh mengambil seperempat ulas 1-2 kali sehari. Di sini kita dapat menyimpulkan bahwa selain menjadi bahan masakan yang lazat, bawang putih juga memiliki khasiat yang luar biasa untuk kesihatan manusia.
Berikut merupakan khasiat yang terkandung dalam bawang putih:
1) Vitamin C
2) Mineral P, Ca dan K
3) Fe dan Vitamin B
Ketika digunakan untuk tujuan perubatan, bawang ini dapat membantu kita untuk mengubati pelbagai penyakit. Berikut ini adalah beberapa manfaat bagi kesehatan manusia:
Manfaat Bawang Putih Untuk Kesehatan
  1. Mengubati Diabetes. Bawang putih sangat bermanfaat untuk mengontrol jumlah kadar gula pada darah. Oleh sebab itu, penderita diabetes sangat disarankan untuk mengkonsumsi bawang ini.
  2. Melancarkan peredaran darah. Salah satu manfaat bawang putih adalah melancarkan peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.
  3. Mengontrol berat badan. Bawang putih memiliki kandungan yang dapat membantu menekan nafsu makan kita. Di samping itu, bawang ini akan membantu kita dalam meningkatkan metabolisme sehingga kalori dalam tubuh akan dibakar dan hasilnya akan membantu menurunkan berat badan.
  4. Menyembuhkan penyakit kulit. Bawang putih sudah terbukti memiliki khasiat anti radang, kerana mampu melawan infeksi dan bakteri. Oleh sebab itu, bawang putih berguna mengurangi terjangkitnya penyakit pada kulit.
  5. Mengubati radang. Bawang putih mengandung anti peradangan, bagi anda yang sedang demam dan mengalami radang tekak, dengan mengunyah bawang ini akan melegakan rasa gatal pada tekak anda.
  6. Mengatasi keracunan. Bawang putih mengandung Antidioksida yang mampu untuk membantu menyingkirkan racun yang ada didalam tubuh.
  7. Meredakan sengal otot. Manfaat bawang putih yang lain adalah dipercaya dapat meredakan sengal otot dengan cara menekan bawang putih ke bahagian yang terasa sengal. Terutama bagi anda penderita arthritis.
  8. Menyembuhkan luka. Orang-orang zaman dahulu sering menggunakan bawang sebagai ubat tradisional dalam menyembuhkan luka-luka, dengan cara menaruh bawang yang sudah dihancurkan di atas luka tersebut dan dibalut dengan kain.
  9. Menghilangkan gatal karena jangkitan fungi. Dengan merendam bagian tubuh yang diserang fungi seperti eksema  kedalam air hangat yang sudah dicampur dengan cincangan bawang putih. Bermanfaat untuk menghilangkan rasa gatal yang diakibatkan oleh jangkitan fungi.
  10. Menyembuhkan ulcer. Kandungan suplemen yang dimiliki bawang putih dapat membantu proses penyembuhan ulcer, dengan kandungan bawang putih yang anti inflamasi dapat membantu mengurangi rasa sakit dan pembengkakan akibat ulcer.
  11. Pertolongan pertama pada keracunan merkuri. Bawang putih sangat berguna untuk meringankan keracunan merkuri. Namun, itu semua hanya untuk pertolongan pertama saja, untuk selanjutnya segera lakukan perawatan intensif dengan doktor.
  12. Menghilangkan jerawat. Bawang putih adalah ubat tradisional yang dapat menghilangkan jerawat di wajah, kerana memiliki anti oksidan yang mampu membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih perlahan-lahan ke bahagian jerawat dengan rutin maka jerawat anda akan berkurang.
  13. Menyuburkan rambut. Kandungan alicin yang tinggi yang ada pada bawang putih dipercaya dapat mengatasi masalah pada rambut gugur. Caranya adalah menggosokkan hirisan bawang putih ke kulit kepala dan pijat hingga merata.
  14. Mengelakkan kemerosotan otak dan sebagai defensive system dalam badan.
  15. Sebagai agen antipenuaan dan juga antioxidant yang boleh mencegah daripada kanser.
  16. Zat anti-kolestrol yang terdapat dalam bawang putih juga mampu mengelakkan pengumpalan darah daripada berlaku.
  17. Antara bahan yang boleh menurunkan kadar tekanan darah; sesuai untuk pesakit darah tinggi.
  18. Apabila tekanan darah anda normal, risiko untuk mendapat serangan jantung juga kurang. Oleh itu, bawang putih juga boleh mengelakkan anda daripada terkena serangan jantung.
  19. Melumpuhkan radikal bebas yang boleh mengganggu defensive system tubuh anda.
  20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan secara mentah.
  21. Dapat menjaga stamina tubuh badan.
  22. Boleh mencegah dan merawat anda daripada selsema.
Manfaat bawang putih memang sangat banyak, akan tetapi masih banyak orang yang enggan untuk mengkonsumsinya kerana boleh menyebabkan bau mulut. Oleh sebab itu terdapat banyak pil bawang putih di pasaran, tapi anda harus mempertimbangkan bahan campurannya. Semoga artikel ini memberikan manfaat untuk anda semua. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular