KUALA LUMPUR: Serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 perlu dibawa balik ke Malaysia kerana ia adalah milik syarikat penerbangan nasional itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sepatutnya Malaysialah yang mengetuai pasukan menyiasat tragedi itu kerana ia adalah negara yang disaman oleh waris-waris mangsa.
"Pesawat itu adalah milik Malaysia, manakala juruterbang, staf dan ramai penumpangnya juga adalah rakyat Malaysia. Tapi, nampaknya Malaysia sekadar dibenar mengambil bahagian dalam memeriksa bangkai pesawat yang dijumpai. Malah, ia tidak pun dibawa balik ke Malaysia.
"Memanglah, sejumlah besar penumpang yang maut adalah rakyat Belanda. Tapi, di bawah undang-undang mana pesawat itu menjadi harta Belanda?", tanya Dr Mahathir melalui catatan terbaharu bertajuk "MH17" dalam blog beliau.
Malaysia adalah negara terakhir yang diberi kebenaran oleh Pejabat Pendakwa Raya Kebangsaan Belanda pada 28 November untuk menyertai Pasukan Penyiasat Bersama MH17 di samping Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine.
Menurut spekulasi, penyertaan Malaysia dalam pasukan itu dinafikan kerana Putrajaya enggan menuding jari sama ada kepada Russia atau Ukraine sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu berikutan tiada bukti kukuh mengenainya.
Dr Mahathir juga mempertikaikan kewajaran kotak hitam MH17 disimpan oleh kerajaan Belanda dan Britain.
"Sepanjang pengetahuan saya, kotak hitam (Alat Perakam Suara Kokpit) mengandungi rakaman percakapan dan bunyi beberapa minit sebelum sesuatu nahas berlaku. Adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk mendengar rakaman itu? Orang Belanda dan orang Britain sahajakah yang mampu berbuat begitu?
"Malaysia nampaknya begitu berterima kasih apabila dibenarkan menyertai urusan memeriksa bangkai pesawat berkenaan di Belanda. Nak berterima kasih sebab apa?" tanya beliau.
Pesawat Boeing 777-200ER itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia, terbunuh dalam tragedi itu.
- BERNAMA
Beliau berkata, sepatutnya Malaysialah yang mengetuai pasukan menyiasat tragedi itu kerana ia adalah negara yang disaman oleh waris-waris mangsa.
"Pesawat itu adalah milik Malaysia, manakala juruterbang, staf dan ramai penumpangnya juga adalah rakyat Malaysia. Tapi, nampaknya Malaysia sekadar dibenar mengambil bahagian dalam memeriksa bangkai pesawat yang dijumpai. Malah, ia tidak pun dibawa balik ke Malaysia.
"Memanglah, sejumlah besar penumpang yang maut adalah rakyat Belanda. Tapi, di bawah undang-undang mana pesawat itu menjadi harta Belanda?", tanya Dr Mahathir melalui catatan terbaharu bertajuk "MH17" dalam blog beliau.
Menurut spekulasi, penyertaan Malaysia dalam pasukan itu dinafikan kerana Putrajaya enggan menuding jari sama ada kepada Russia atau Ukraine sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu berikutan tiada bukti kukuh mengenainya.
Dr Mahathir juga mempertikaikan kewajaran kotak hitam MH17 disimpan oleh kerajaan Belanda dan Britain.
"Sepanjang pengetahuan saya, kotak hitam (Alat Perakam Suara Kokpit) mengandungi rakaman percakapan dan bunyi beberapa minit sebelum sesuatu nahas berlaku. Adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk mendengar rakaman itu? Orang Belanda dan orang Britain sahajakah yang mampu berbuat begitu?
"Malaysia nampaknya begitu berterima kasih apabila dibenarkan menyertai urusan memeriksa bangkai pesawat berkenaan di Belanda. Nak berterima kasih sebab apa?" tanya beliau.
Pesawat Boeing 777-200ER itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia, terbunuh dalam tragedi itu.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan