Monday, December 28, 2009
Kaji Semula Cukai Kad Kredit
1. Pengumuman Kerajaan tidak akan mengkaji semula cukai kad kredit menunjukkan maklumat yang disampaikan kepada kabinet tidak mencerminkan realiti rakyat.
2. Dalam Bajet 2010, Kerajaan mengumumkan cukai ke atas setiap kad kredit. Satu kad kredit utama dikenakan bayaran RM 50. Manakala bagi kad kredit tambahan ialah RM 25 untuk satu kad.
3. Saya percaya majoriti pemegang kad kredit mempunyai 2-3 kad kredit. Ini bermakna mereka perlu membayar antara RM 100 - 150 setahun. Kadar ini mungkin kecil bagi sesetengah orang yang bergaji berpuluh ribu. Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana ia merupakan jumlah yang agak signifikan.
4. Ramai yang menggunakan kad kredit sebagai satu pilihan sewaktu kecemasan ketika menghadapi masalah aliran tunai. Bukan semua orang "makan gaji" dengan kerajaan yang setiap bulan gaji masuk dengan tepat tanpa sebarang masalah. Bagi peniaga kecil, kad kredit juga menjadi "galang ganti" jika lambat mendapat bayaran dari pihak lain.
5. Ramai juga yang memegang kad kredit kerana enggan membawa wang tunai dengan banyak. Ini merupakan satu langkah baik bagi mengelak kehilangan banyak wang jika diragut atau dirompak.
6. Mereka yang memiliki lebih dari satu kad kredit pula bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya mempunyai dua hingga tiga kad kredit adalah jaminan bagi memastikan transaksi berjaya. Bayangkan jika kita membeli beberapa barang yang harga beratus ringgit, tiba-tiba kad kredit dari bank tertentu tidak dapat digunakan. Kita pula hanya ada satu kad tersebut sahaja.
7. Kebanyakan pemegang kad kredit tidak dapat melihat apa sebab yang rasional untuk mereka membayar cukai kad kredit. Bagi mereka kerajaan tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi membolehkan ia mengutip cukai ke atas kad kredit.
8. Malahan tindakan mengenakan cukai RM 50 ke atas setiap kad kredit sangat bertentangan dengan usaha menjadikan masyarakat kita sebagai cashless society pada masa akan datang.
9. Justeru sempena tahun baru ini saya berharap kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk mengutip cukai kad kredit.
10. Saya kerajaan boleh mempertimbangkan ramai permintaan rakyat yang memiliki kad kredit agar:
12. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan isu-isu kecil seperti ini segala kebaikan kerajaan akhirnya tidak memberi apa-apa kesan lagi seperti mencurah air ke daun keladi.
13. Saya menulis bukan untuk menunjuk pandai cuma tidak mahu segala agenda kebajikan kerajaan tidak mendapat perhatian lagi kerana cukai yang tidak masuk akal ini. Bak kata orang tua-tua, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.

a. Seboleh-bolehnya hapuskan terus cukai kad kredit ini atau;11. Walau apa pun alasan Kementerian Kewangan hakikatnya lebih sejuta pemilik kad juga merupakan pengundi dalam pilihan raya. Bukan mereka tidak mahu membayar cukai tapi biarlah cukai yang dikenakan berpatutan dan rasional. Sehingga hari ini saya belum berjumpa sesiapa pemilik kad yang bersetuju dengan keputusan kerajaan.
b. Setiap pemilik kad kredit hanya dikenakan RM 50 walau berepa kad yang mereka miliki ataupun;
c. Meletakkan had minima pemilikanm kad sebanyak tiga misalnya. Kad selebihnya barulah dikenakan RM 50 per kad.
12. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan isu-isu kecil seperti ini segala kebaikan kerajaan akhirnya tidak memberi apa-apa kesan lagi seperti mencurah air ke daun keladi.
13. Saya menulis bukan untuk menunjuk pandai cuma tidak mahu segala agenda kebajikan kerajaan tidak mendapat perhatian lagi kerana cukai yang tidak masuk akal ini. Bak kata orang tua-tua, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan