Rabu Disember 16, 2009
Keistimewaan Buah Kurma
Buah kurma yang baru dipetik dari pokok palma. -Foto REUTERSItu adalah mengikut Sunah Islam.
Ini kerana buah kurma dapat memberikan tenaga segera sekali gus mereka dapat melakukan beribadat dengan lebih bertenaga.
Buah kurma adalah buah yang cukup istimewa. Walaupun saiznya kecil, ia menyimpan banyak zat dan khasiat.
Antaranya, karbohidrat, protein, gula, serat, vitamin A dan C, asid folik, asid amino, riboflavin dan air.
Gholam Attia mendakwa kurma yang ditanamnya berperisa karamel. -Foto REUTERSOrang ramai juga menggemarinya kerana ia manis. Ia boleh dimakan dalam bentuk mentah atau dimasak.
Seorang penanam kurma dari Algeria, Gholam Attia memetik sebiji buah kurma dari sebatang pokok di ladangnya lalu memakannya.
Seorang penanam memungut buah kurma semasa musim tuai di Tolga, kira-kira 450 km (280 batu) dari Algiers pada 5 November lalu.Ini menunjukkan buah kurma mempunyai kemanisan yang luar biasa.
Pokok palma kurma biasanya ditemui di negara-negara Arab kerana iklimnya yang panas.
Ia tidak boleh hidup dengan diselindungi bayang-bayang.
Para pekerja memproses buah-buah kurma yang dikutip.Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang ditanam di seluruh dunia. Misalnya, Zahdi; Sayer; Halawi; Khadrawi; Khastawi, Brem, dan Chipchap.
Buah kurma tersebut telah menjalani "migrasi". Sebagai contoh, buah kurma Barhi dari Basra, Iraq diperkenalkan kepada para penanam buah kurma di California pada 1913.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan