Selasa, 15 Disember 2009

kisah zuhud dan anjing-Al imam Nawawi....cuba kita renungkan,

kisah zuhud dan anjing-Al imam Nawawi....cuba kita renungkan,


kisah zuhud dan anjing-Al imam Nawawi....cuba kita renungkan,

Posted by: "mat tiara" matiara1@yahoo.com   matiara1

Thu Jul 30, 2009 4:59 pm (PDT)



Masa rehat makan tadi lepak kat surau TH, penceramah ada cerita kisah anjing dan bab zuhud, dipetik dari kitab imam Nawawi, sempat sehingga kisah ke empat dari sepuluh kisah, oleh sbb nak tau lagi enam, saya pun cari dlm net dan dpt complete sepuluh sifat itu.

Jom kita share sam sama:


Pertama; Sentiasa lapar
anjing itu sentiasa lapar, ia jarang makan sampai kenyang apatah lagi tidur tergolek dalam kekenyangan.
Sifat ini adalah sama dengan sifatnya orang-orang soleh. Mereka makan hanya apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Kedua;Tawakkal dan mengembara
anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Ia selalu berpindah randah mengikut keperluan hidupnya.
Sifat ini adalah sifat orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka mengembara ke merata-rata tempat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah Islamiyyah.


Ketiga;Tidur yang sedikit
anjing tidak tidur di waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang soleh yang cintakan Allah s.w.t, di mana mereka sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah s.w.t.


Keempat;Zuhud
 jika anjing mati, dia tidak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewarisi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. Mereka membelanjakan semua harta ke jalan Allah s.w.t sehingga tiada pusaka untuk diwarisi.


Kelima; Tidak marah tidak merajuk
anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri dari tuannya sekalipun dipukul atau dimarahi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat pelajar-pelajar yang siddiqin yang sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk sekalipun kesabarannya diuji dengan pelbagai ujian.


Keenam; Tawadduk, redha dan tidak sombong
anjing lebih redha dan rela bertempat di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
Sifat ini adalah sama dengan sifat-sifat orang-orang yang tawadduk, suka merendah diri dan tidak sombong diri.


Ketujuh; Tiada dendam
Jika tempatnya diambilalih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, anjing akan berpindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau menaruh dendam.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang soleh yang sentiasa redha dengan bahagiannya yang ditentukan oleh Allah s.w.t.


Kelapan; Khusyuk
Jika anjing dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, ia menerimanya dengan hati terbuka. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang telah berlalu.
Sifat ini adalah sama dengan sifat orang-orang yang khusyuk.


Kesembilan; Redha rezeki Allah
jika anjing melihat manusia makan, ia melihat sahaja dari jauh, tidak meminta-minta atau mengganggu. Jika diberi, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia akan berdiam sahaja.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang miskin yang redha akan pemberian rezeki oleh Allah s.w.t.


Kesepuluh; Istiqamah
jika anjing berjalan atau pergi dari tempat asalnya, ia tidak menoleh ke belakang dan terus berjalan.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang susah yang istiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t.

Demikianlah sepuluh sifat mulia yang ada pada makhluk yang kita gelar anjing dan Imam Al Nawawi menyifatkannya sebagai bersamaan dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang soleh dan zuhud

Sekian untuk renungan kita semua.

email yg aku dapat dari seorang teman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular