Selasa, 29 Januari 2013

Terjawab sudah misteri pembinaan piramid

Sekian lama para saintis kebingungan tentang misteri pembinaan sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia. Teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram hingga ke puncak bangunan belum dizahirkan di zaman itu. Apakah rahsianya?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian itu, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.



Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia terutama menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu iaitu batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" pula menegaskan Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana mustahil bagi seseorang untuk mengangkat batu yang mempuntyai berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur pula merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam lalu terhasil wap air yang membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki akan  dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Sebelum ini seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid dan setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, beliau baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits berkenaan batu-batu piramid itu ternyata terbuat dari olahan lumpur dan ianya memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" juga menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini nengesahkan bahawa kaedah ini telah tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).


Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!


Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi ketika itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

P/s : Subhanallah...masih adakah lagi yg ragu2 dgn kalamullah??

Ahad, 27 Januari 2013

Nostalgia - Pemandangan Stesyen Minyak Ketika Tahun 1920 an


Tengok tu....siap tunggu ramai-ramai minyak penuh ke dalam tangki.








LEHMAN BROTHERS bukan setakat perniagaan dalam Perbankan tapi mereka juga mempunyai rangkaian TIRE SHOP pada tahun 1920 an lagi!!

Dr. Aafia Siddiqui dirogol, disiksa dan dimalukan dalam tahanan Amerika laknatullah


Dr. Aafia Siddiqui dirogol, disiksa dan dimalukan dalam tahanan Amerika laknatullah

Dr. Aafia Siddiqui
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui.
Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI. 

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Dr. Aafia Siddiqui
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Dr. Aafia Siddiqui
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia.

Allah tidak memandang kesannya tetapi usaha kita. Di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!! - luv-ima

Sedikit kandungan ucapan Laurent Booth

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Wahai saudara-saudaraku seiman, Aafia Siddiqui adalah saudara kita dalam ikatan kemanusiaan. Dia adalah saudara kita dalam Islam, dan apa yang telah diperbuat Amerika terhadapnya adalah sebuah tindakan kejahatan, dan mengapa mereka memenjarakan seorang wanita seperti saudara kita Aafia? 
Mari kita lihat sebenarnya siapakah dia. Aafia Siddiqui adalah seorang ilmuwan biologi syaraf, salah satu dari para ilmuwan genius umat kita sekarang.

Saya bekerja dengan Muslim Legal Fund (yayasan bantuan hukum untuk Muslim) di Amerika, dan ketahuilah ketidakadilan yang menimpa Afia bukanlah satu-satunya..
Saat ini di Amerika ada sekitar 300 saudara Muslim yang menjalani hukuman penjara dalam waktu yang lama karena tuduhan yang berdasarkan motivasi pre-emptive (sangkaan kejahatan sebelum kejahatan tersebut terjadi)
Amerika senang melakukan tindakan pre-emptive, seperti serangan pre-emptive dan sekarang mereka mau keadilan pre-emptive.
Afia Siddiqui selalu teguh berjuang untuk saudara-saudara dan tidak pernah mundur. Demikian pula kita juga harus bersikap sama dengan Afia dan umat Islam lainnya di masyarakat kita.
Karena kalau kita lihat Inggris sekarang, ketika salah seorang dari saudara kita ditahan, seseorang yang kita kenal, mungkin dia seorang dokter, atau sukarelawan, tahukah kita apa yang terjadi? Apakah kita masih mau mengunjunginya, atau kita berkilah kita khawatir terhadap keluarga kita.. ingat bahwa kita semua akan mempertanggungjawabkan kepada Allah terkait nasib saudara-saudara kita.
Maka kita tidak boleh takut, hukum yang tidak adil adalah hukum yang tidak adil.
Dan saya akan akhiri dengan pernyataan berikut. Afia Siddiqui adalah korban ketidakadilan, tapi tidak ada yang menang di sini. Saya beritahu, Subhanallah, Afia Siddiqui adalah pemenang terhadap para penahannya. Dia adalah pemenang yang sebenarnya karena Afia menginginkan Jannah. Alhamdulillah.
Penjelasan Yvonne Ridley tentang Aafia



Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:
"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan memperkenalkanku kepada isteri baginda.Baginda berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.
Sehingga hari ini 27.1.2013 Aaifa masih dalam tahanan di penjara Amerika.
Kita hanya mampu berasa marah dengan kekejaman ini. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa supaya Allah selamatkan semua ilmuan beragama Islam daripada keganasan musuh-musuh Islam dan juga pembebasan semua orang-orang Islam yang ditahan musuh atas dakwaan palsu tanpa bukti.

Rahsia Solat...Jom Kita Solat!

MISTERI DI SEBALIK SOLAT…

Mari kita mengkaji”MISTERI” atau “RAHSIA” di sebalik SOLAT kita yang kita lakukan 5 kali sehari…..
1 – Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

PERLU DISEBARKAN KEPADA KELUARGA DAN RAKAN! TRAGEDI LANGGAR KERETA ~ KISAH BENAR

TRAGEDI LANGGAR KERETA : KISAH BENAR, SEBARKAN UNTUK KESELAMATAN KELUARGA DAN RAKAN KITA !

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Disalin semula oleh RP dari forum carigold.com

Susulan Bekas Pemain Dan Ketua Pasukan Kedah Skuad Double Trible Cedera Parah Dalam Kemalangan

Terkini:

Fauzi: 'Kemalangan bagaikan mimpi, berlaku pantas'

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
27 Januari 2013
Ahmad Fauzi Saari
Ahmad Fauzi Saari - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi
SHAH ALAM - “Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas," demikian kata  pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemalangan yang berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta BMW yang dinaikinya terbabas sendiri di selekoh kanan sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, Fauzi mengalami patah tangan manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta maut akibat kecederaan parah di kepala.
Fauzi yang masih trauma dengan kemalangan itu berkata, beliau sendiri tidak pasti bagaimana kemalangan berlaku kerana kejadian berlaku dalam sekelip mata.
"Saya tidak dapat ingati bagaimana kejadian itu berlaku.

"Saya cuma tahu kereta sudah berpusing dan selepas itu terbakar," katanya dengan nada sebak.
Tambah Fauzi, "apapun alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hanya mengalami patah tangan sahaja, tetapi sangat terkilan selepas dimaklumkan mengenai kematian rakan saya.
"Saya tidak sangka perancangan kami mahu balik ke kampung di Kedah selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA di Sabah bertukar tragedi untuk kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fauzi yang kini dalam perjalanan pulang ke Kedah berkata, beliau akan bercuti dalam tempoh yang panjang dan akan menjalani rawatan selanjutnya di sana.
"Sekarang ini saya dalam van jenazah menuju ke Pokok Sena untuk urusan pengebumian rakan saya. Selepas ini, saya akan menjalani rawatan dan akan berehat di sini. Buat masa ini saya tidak boleh memikirkan apa-apa.
"Kejadian yang berlaku ini sangat mengejutkan saya. Saya perlukan rehat bagi melupakan tregedi ini," jelasnya lagi

 

Pemain Bolasepak Felda United Parah, Pemandu Maut – BMW Terbakar

KM 407.5, Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Lembah Beringin, Hulu Selangor
27 Januari 2013
1.40 pagi
 
 
 
Nama pemandu (maut) : Belum diperolehi
Nama penumpang : Ahmad Fauzi Saari – cedera parah – Pemain Bolasepak Felda United
Lagi kes kemalangan maut di laluan Bayangan Maut.
Ketiadaan nombor utama kerana kehilangan telefon bimbit menjadikan saya terus ‘terputus’  perhubungan dengan dunia luar sehingga Selasa ini . Jadi, maklumat sebarang kes tidak akan sampai kepada saya…
Berita ringkas yang mampu saya paparkan untuk berita ini, dan foto akan saya usahakan untuk mendapatkannya:
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1.40 pagi tadi , membabitkan sebuah BMW E46 no pendaftaran WQN 9911 yang terbabas semasa melalui satu selekoh arah kanan.
Ia kemudian merempuh penghadang jalan sebelum terbakar di bahu jalan.
Kedua-dua pemandu dan penumpang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orangramai ketika api masih belum merebak.
Pemandu kereta bagaimanapun meninggal dunia akibat cedera parah sebaik berjaya dikeluarkan.
Bagaimanapun penumpang kereta, Ahmad Fauzi Saari, seorang pemain bolasepak Felda United, cedera parah.
Sebaik kedua-duanya berjaya dikeluarkan, api terus membakar keseluruhan kereta.
Ahmad Fauzi dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.

sumber http://ondscene.my/kemalangan/pemain-bolasepak-felda-united-parah-pemandu-maut-bmw-terbakar

CLASSIC[Kuala Lumpur Vs Kedah[3:0][6/11/88][Malaysia Cup Final 1988]

Khamis, 17 Januari 2013

Patrick Teoh Yang Kurang Ajar Tentang Islam.... Apa reaksi kita sebagai orang Islam??

Patrick Teoh merupakan salah seorang pelakon untuk filem Baik Punya Cilok. Secara jujur, Abang Nara tak sangka kenyataan sebegini akan dikeluarkan oleh Patrick Teoh. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook Patrick Teoh ini sangat jelas menghina Islam.
patrick teoh hina islam
Susulan kenyataan kurang ajar daripada Patrick Teoh, AC Mizal telah tampil mengajak orang ramai untuk melupakan fahaman politik dan bersatu untuk mengeji tindakan tersebut. Selebriti-selebriti lain seperti Tomok dan Danny X Factor juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Patrick Teoh tersebut.
patrick teoh hina islam
patrick teoh hina islam
Susulan itu, Patrick Teoh dilihat telah pun memadam kenyataan di Facebooknya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia.
patrick teoh hina islam
patrick teoh hina islam
Diharap tiada lagi selebriti-selebriti lain yang akan melakukan kesilapan seperti Patrick Teoh ini. Kita hidup di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Kenalah belajar menghormati agama orang lain. Jangan fikir kepentingan diri sahaja. Tak gitu?

Hotel Angkasa Lepas


Rusia hari ini mengumumkan rancangan untuk sebuah hotel mengorbit 217kilometer dari bumi yang akan menempatkan tujuh tetamu di empat buah kabindengan tingkap yang besar bagi menikmati pemandangan Bumi yang berada di bawah.
Hotel atau Stesen Ruang Komersial akan dibuka menjelang 2016, dan khabarnyaakan ’jauh lebih selesa’ dari Stesen Angkasa Antarabangsa yang digunakan olehangkasawan dan angkasawan.
Hanya untuk mendapatkan suatu pengembaraan yangtersendiri ia akanmengambil masa duahari di atas kapal roketSoyuz dan ia bukanlahmenjadi percutianbajet. Penginapanlima hari akanmenelan kos £100.000 hingga £500.000 (RM 0.5juta hingga RM 1.5juta) termasuk kos perjalanan anda .
Dalam keadaan ketiadaan graviti, pengunjung boleh memilih untuk mempunyaikatil sama ada menegak atau melintang. Jika anda mahu mandi di atas kapalStesen Angkasa Antarabangsa, anda mestilah menggunakan span mandiansepanjang berada di sana.
Para pelancong akan diiringi oleh anak-anak kapal yang berpengalaman, makanmakanan yang disediakan di Bumi dan dihantar dengan menggunakan roket, bolehdipanaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro. Hidangan seperti daginglembu masak tumis dengan cendawan liar, kacang puri putih, sup kentang dankolak plum. Teh ais, air mineral dan jus buah-buahan juga disediakan sedia, tetapialkohol akan dilarang sama sekali.
Tandas akan menggunakan udara yang mengalir dan bukan air untukmemindahkan bahanbuangan melaluisistem. Air sisa yangakan dikitar semula,manakala udara akanditapis untuk membuang bau dan bakteria dan kemudiankembali ke kabin.
Hotel ini akanbertujuan untuk individu dan orang kaya yang bekerja dengan syarikat-syarikatswasta yang ingin melakukan penyelidikan di angkasa.

Mengapa Islam Melarang Bersentuhan Dengan Bukan Mahram Yang Belum Berkahwin

DF
Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana. Lihat TANDA MERAH dalam gambar di atas.
Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata.
Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)
Benarlah Hadis Nabi bersabda:
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Resort Di Gurun Padang Pasir Bukannya Gurun Di Kedah...

Amangiri ialah sebuah resort yang dibina di Canyon Point, Utah dan diinpirasikan dari penempatan Red Indian. Amangiri mula beroperasi sejak 2009 dan terdiri daripada 34 chalet yang menawarkan pemandangan Gurun Navajo yang cantik.Harga untuk semalam di Amangiri resort bermula dari USD950.
  
Restoran
Perpustakaan
 
 Salon, Yoga dan Gym
Spa
Kolam Renang

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular