
Susulan kenyataan kurang ajar daripada Patrick Teoh, AC Mizal telah tampil mengajak orang ramai untuk melupakan fahaman politik dan bersatu untuk mengeji tindakan tersebut. Selebriti-selebriti lain seperti Tomok dan Danny X Factor juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Patrick Teoh tersebut.


Susulan itu, Patrick Teoh dilihat telah pun memadam kenyataan di Facebooknya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia.


Diharap tiada lagi selebriti-selebriti lain yang akan melakukan kesilapan seperti Patrick Teoh ini. Kita hidup di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Kenalah belajar menghormati agama orang lain. Jangan fikir kepentingan diri sahaja. Tak gitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan