Ahad, 27 Januari 2013

Susulan Bekas Pemain Dan Ketua Pasukan Kedah Skuad Double Trible Cedera Parah Dalam Kemalangan

Terkini:

Fauzi: 'Kemalangan bagaikan mimpi, berlaku pantas'

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
27 Januari 2013
Ahmad Fauzi Saari
Ahmad Fauzi Saari - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi
SHAH ALAM - “Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas," demikian kata  pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemalangan yang berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta BMW yang dinaikinya terbabas sendiri di selekoh kanan sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, Fauzi mengalami patah tangan manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta maut akibat kecederaan parah di kepala.
Fauzi yang masih trauma dengan kemalangan itu berkata, beliau sendiri tidak pasti bagaimana kemalangan berlaku kerana kejadian berlaku dalam sekelip mata.
"Saya tidak dapat ingati bagaimana kejadian itu berlaku.

"Saya cuma tahu kereta sudah berpusing dan selepas itu terbakar," katanya dengan nada sebak.
Tambah Fauzi, "apapun alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hanya mengalami patah tangan sahaja, tetapi sangat terkilan selepas dimaklumkan mengenai kematian rakan saya.
"Saya tidak sangka perancangan kami mahu balik ke kampung di Kedah selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA di Sabah bertukar tragedi untuk kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fauzi yang kini dalam perjalanan pulang ke Kedah berkata, beliau akan bercuti dalam tempoh yang panjang dan akan menjalani rawatan selanjutnya di sana.
"Sekarang ini saya dalam van jenazah menuju ke Pokok Sena untuk urusan pengebumian rakan saya. Selepas ini, saya akan menjalani rawatan dan akan berehat di sini. Buat masa ini saya tidak boleh memikirkan apa-apa.
"Kejadian yang berlaku ini sangat mengejutkan saya. Saya perlukan rehat bagi melupakan tregedi ini," jelasnya lagi

 

Pemain Bolasepak Felda United Parah, Pemandu Maut – BMW Terbakar

KM 407.5, Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Lembah Beringin, Hulu Selangor
27 Januari 2013
1.40 pagi
 
 
 
Nama pemandu (maut) : Belum diperolehi
Nama penumpang : Ahmad Fauzi Saari – cedera parah – Pemain Bolasepak Felda United
Lagi kes kemalangan maut di laluan Bayangan Maut.
Ketiadaan nombor utama kerana kehilangan telefon bimbit menjadikan saya terus ‘terputus’  perhubungan dengan dunia luar sehingga Selasa ini . Jadi, maklumat sebarang kes tidak akan sampai kepada saya…
Berita ringkas yang mampu saya paparkan untuk berita ini, dan foto akan saya usahakan untuk mendapatkannya:
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1.40 pagi tadi , membabitkan sebuah BMW E46 no pendaftaran WQN 9911 yang terbabas semasa melalui satu selekoh arah kanan.
Ia kemudian merempuh penghadang jalan sebelum terbakar di bahu jalan.
Kedua-dua pemandu dan penumpang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orangramai ketika api masih belum merebak.
Pemandu kereta bagaimanapun meninggal dunia akibat cedera parah sebaik berjaya dikeluarkan.
Bagaimanapun penumpang kereta, Ahmad Fauzi Saari, seorang pemain bolasepak Felda United, cedera parah.
Sebaik kedua-duanya berjaya dikeluarkan, api terus membakar keseluruhan kereta.
Ahmad Fauzi dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.

sumber http://ondscene.my/kemalangan/pemain-bolasepak-felda-united-parah-pemandu-maut-bmw-terbakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular