Written By taoslayerz on Wednesday, August 29, 2012 | 10:07 AM
TAOTAUAJER - Fenomena Cahaya
Misteri nampak di bumi dari Luar Angkasa berjaya di rakamkan. Para
penyelidik mengaku tidak dapat mengambil gambar fenomena ini dalam
resolusi tinggi. Fenomena cahaya ini sangat pelik dan aneh dan Misteri
bagi kita yang tidak pernah tahu akan fenomena ini.
Fenomena ini berlaku pada ketinggian 80 km dari permukaan Bumi. Fenomena
ini biasanya hanya akan muncul sewaktu berlakunya taufan atau ribut.
Imej yang menakjubkan yang diambil oleh kamera TV Jepun mendedahkan 'SPRITE' kilat yang tinggi di atas bumi. Ia adalah kali pertama fenomena yang telah dirakamkan .
Namun kini, NASA menyedari angkasawan di International Space Station
(ISS) berjaya mengambil gambar pada 30 April 2012. Gambar pertama
fenomena ini muncul pada Julai 1989 oleh para peneliti di University of
Minnesota.
Kalau korang nak tau fenomena aneh dan pelik ini adalah Fenomena yang
biasa disebut ‘sprite’ dimana ia berupa cahaya merah dan biru yang
berkedip ribuan kali dalam satu saat.
Imej warna pertama 'sprite' yang
pernah ditangkap. Ia telah diambil pada tahun 1994 oleh projek yang
ditaja NASA melalui Universiti Alaska Fairbanks (UAF) kamera khas
diterbangkan keluar dari Oklahoma City pada dua pesawat.
Saksikan Video cahaya 'sprite' yang menakjubkan ini...pastikan korang tak kerdipkan mata
Sumber : Dailymail
TAOTAUAJER : Subhanallah menakjubkan ciptaan allah , cahaya yang begitu pantas yang berkedip ribuan kali dalam satu saat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan