Selalunya kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan. Kita sebagai tuan rumah juga pasti serba salah dibuatnya jika melihat tetamu resah dan tidak keruan bila bertandang ke kediaman kita. Web IMPIANA ada tip untuk anda atasi masalah ini.

1. Selain memastikan kucing anda dimandikan dengan bersih, sangkar kucing anda perlu dibersihkan dan mesti mendapat pengudaraan yang betul.

2. Lapkan lantai anda dengan Clorox khas untuk lantai.

3. Pastikan juga segala kemasan lembut, permaidani dan sofa anda divakum terlebih dahulu dan di sembur cecair khas untuk membasmi bakteria dan bau yang kurang enak. Ya kini ada cecair anti bau binatang peliharaan di pasaran.

4. Jika kucing anda suka membuang najis di tempat yang sama, anda perlu sapukan lantai tersebut dengan ubat gigi dan biarkan dalam 2 hingga tiga jam sebelum dibilas sebersih-bersihnya.

5. Pilihlah haruman flora atau samudera jika memilih cecair pewangi lantai agar bau ruang lebih lembut dan tidak terlalu menyengat.

6. Jika tetamu hadir, segera gunakan pewangi ruang aromaterapi yang mampu membasmi segala bau yang kurang enak sebagai persiapan terakhir. Anda sudah pasti tahu jenama apa yang menjadi pilihan hati bukan?

Selamat mencuba.