Isnin, 27 Mei 2013

KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM TERMAKTUB DI DALAM SURAH YASSIN!


KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN | Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.


ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :

''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.
SUMBER http://newandoldinfo.blogspot.com
SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWAN!

Tunku Bendahara Kedah serta Isteri telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan lagi..!!

Tunku Bendahara Kedah serta Isteri telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan lagi..!!

Dewan Pemuda PAS Kedah
[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah
[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah
kedah lanie.info.

Kucing Berbulu Kening...

Oh ~~ Comelnya kucing berbulu kening ini. Macam tertumpah cat pun ada jugak. Memang comel sangat-sangat. Pencinta kucing mesti super excited tengok keanehan ini. Tak gitu?


Yang pasti, kucing ini tak perlu nak buat-buat manja untuk mendapatkan makanan daripada tuannya. Cuma perlu buat muka comel dan angkat bulu kening ke atas sikit. Confirm cair dibuatnya.


Lagi 6 keping gambar kucing berbulu kening dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Sumber http://beautyofislams.blogspot.com
 

GAMBAR CICIT RASULLULAH YANG COMEL


Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Masyaallah...

sumber  http://beautyofislams.blogspot.com/2013/05/gambar-cicit-rasullulah-yang-comel.html

Sebab sebenar Ketua AMK beraksi bangang cerca Presiden PAS?

Sebab sebenar Ketua AMK beraksi bangang cerca Presiden PAS?


Nasihat aku untuk Ketua AMK ni satu ja, kalau nak tunjuk hero menjelang pemilihan PKR hujung tahun ni pun, agak-agak la sama, tak payah la jadi bangang sampai macam ni.

TheMalaysianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini. - TMI.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Bab Ketua AMK mencerca TG Hj Hadi pasai cerca calon PKR masa tempoh kempen hari tu aku masih boleh terima walaupun cara dia tu agak keterlaluan. Pasainya pada aku memang tak patut pun Presiden PAS cerca secara terbuka macam tu terutama sekali bila disebut ada calon yang jual pil kuda tapi tak kemukakan bukti.

Patutnya benda macam tu Presiden PAS bantah masa bab penentuan kerusi dalam mesyuarat Majlis Presiden. Kalau PAS bangkang calon PKR yang memang terbukti jual pil kuda takkan PKR berani nak letak jugak.

Yang bangangnya Shamsul ni bila TheMalaysianInsider juga melaporkan:
“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu. - Ibid.
Tak ka bangang namanya Ketua AMK ni, gunakan istilah Tahaluf Siyasi membelasah Presiden PAS. Dia faham ka maksud sebenar Tahaluf siyasi tu? Kalau dia takat faham tahaluf siyasi sebagai 'kerjasama politik' lepas tu nak hentam guna istilah tu dan hentam Presiden PAS pulak tu, memang sah dia bangang.

Antara banyak kecaman dan komen dari PAS yang aku baca aku tertarik dengan komen oleh Bendahari Pemuda PAS Malaysia. Aku harap sangat Shamsul Iskandar dan para penjilat tegar dia baca komen tu.
Saya merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang dipetik portal berita hari ini. Ini adalah respon saya;

1. Jangan bercakap seolah-olah tahalluf siyasi itu datangnya dari PKR dan cuba pula mengajar PAS mengenainya. Sekiranya Sdr. Shamsul benar-benar fakih mengenai Tahalluf Siyasi sehingga boleh menegur Tuan Guru Presiden, maka sila datangkan apa-apa jua kajian dari PKR dan AMK dari segi usul dan kaedah fiqhnya atau apa-apa sahaja justifikasi yang membuktikan PAS melanggar tahalluf siyasi. Saya teringin benar membacanya.

2. Pengeluaran watikah dan kenyataan Tuan Guru Presiden mengkritik calon-calon tertentu yang diketengahkan untuk bertanding adalah kerana PAS melihat berlaku pelanggaran syarat yang boleh menjejaskan tahalluf siyasi. Tapi pastinya Sdr Shamsul tidak dapat memahami apa yang berlaku kerana Sdr Shamsul sendiri tidak tahu apa itu tahalluf siyasi dan syarat-syaratnya.

3. Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik. Ianya adalah perkataan yang kasar dan biadap untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden. Oleh itu, saya menjemput Sdr. Shamsul untuk duduk bersama dengan saya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk kita mengaji apa dia tahalluf siyasi dan menilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU ke13 di dalam konteks tahalluf siyasi tersebut.

4. Selepas semua itu, saya boleh berlapang dada sekiranya PAS ada melakukan kesilapan dan bersedia untuk berdepan dengan media untuk mengakuinya. Bolehkah Sdr. Shamsul menjamin perkara yang sama atau cuma baling batu, terus lari?

Ir.Haji Khairil Nizam
Bendahari
Dewan Pemuda PAS Malaysia - Facebook.
Persepsi pertama aku bila terbaca aksi bangang Ketua AMK tu, mungkin dia belasah tu atas nasihat Azmin yang cukup nampak tak puashati PKR kalah kerusi Kota Damansara dan Semenyih yang mengakibatkan PKR kurang kerusi berbanding PAS dan DAP di negeri Selangor.

Persepsi kedua, mungkin pasai pemilihan jawatan dalam PKR dah tak lama dah dan Shamsul terpaksa beraksi macam hero, hentam Presiden PAS dengan harapan pemuda PKR akan sanjung dia dan seterusnya pilih dia lagi sekali sebagai Ketua AMK.

Nasihat aku untuk Ketua AMK ni satu ja, kalau nak tunjuk hero menjelang pemilihan PKR hujung tahun ni pun agak-agak la sama, tak payah la jadi bangang sampai macam ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/shamsul-ketua-amk-bangang-belasah-presiden-pas-tahaluf-siyasi.html#ixzz2USyQBEWS

Gambar Berharga Ditemui: Kenalkah Anda Siapa Mereka Bertiga Ini



Dari Kiri : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato Mustafa Ali & Ustaz Hussin Awang Semasa Zaman Mahasiswa Mereka.. (klik untuk imej lebih besar).

Kenangan Mengusik Jiwa!!!...

Apa-apapun, rambut Dato Mustafa Ali tetap sama sampai sekarang (Warna rambut jer lain)... Tok Guru Hadi Awang lak hampir-hampir tak kenal sebab dah berbeza sangat...

sumber http://greenboc.blogspot.com/2013/05/gambar-berharga-ditemui-kenalkah-anda.html

Isteri kesal Azizan dipersenda

Isteri kesal Azizan dipersenda
Berita
Written by Editor Warta   
Saturday, 25 May 2013 01:54
ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu. Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu. “Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat.

Sumber : http://www.wartautara.com

Selasa, 21 Mei 2013

10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Penting!!! 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan


sumber http://ipanas3.blogspot.com/2013/05/penting-20-perkara-yang-berubah-selepas.html#more

KEKASIH ISTERI Larikan Diri SELEPAS SUAMI Pulang Ke Rumah






BRAZIL - Satu drama lucu berlaku di bandar Sao Paolo apabila ramai penduduk di sana menyaksikan 'aksi' seorang lelaki yang cuba untuk melarikan diri dari bilik tidur seorang wanita yang tertangkap melakukan perbuatan curang oleh suaminya yang telah pulang ke rumah.

Lebih menarik, 'aksi' melarikan diri ini berlaku dari tingkap aras tiga. Dramaini bermula dengan pertengkaran mulut antara suami dan isteri di luar tingkat tiga bangunan apartmen.

'Ini baju siapa?,' tanya si suami dalam Bahasa Portugis. Isterinya yang marah kemudian melontar baju itu ke arah orang ramai yang berkumpul di bawah.

Pertengkaran yang seakan-akan akan berakhir itu mula menjadi semakin hangat apabila seorang lelaki muncul dari tingkap bilik apartmen itu. Walaupun dalam keadaan tidak berbaju, lelaki yang dipercayai orang ketiga itu cepat berfikir bagaimana untuk melarikan diri.

Seperti yang selalu dilihat dalam drama TV , lelaki ini mengikat beberapa kain cadar untuk dijadikan tali sebelum melarikan diri. Sementara itu orang ramai yang berkumpul di bawah, ketawa kepada lelaki itu dan mengejeknya. 'Cornudo!' jeritan mereka kepada si suami, istilah Bahasa Portugis untuk suami yang ditipu.




Ketika tiba di tingkap bawah, dia berhenti. Orang ramai terus mengejek lelaki itu dan pasangan suami isteri yang terus bertengkar.

'Lompat!', teriak orang ramai kepada lelaki itu. Mujur pasukan bomba sudah bersedia dengan tilam di atas jalan. Bagaikan aksi lagak ngeri Hollywood, lelaki itu terjun ke atas tilam itu sebelum turun ke atas jalan.

Sambil berkaki ayam dan tidak berbaju, lelaki itu sempat bersorak kepada si suami dan orang ramai sebelum melarikan diri.

Saksikan video penuh kejadian ini di bawah.



Isnin, 20 Mei 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Wallahu a'lam

Komplikasi Jiwa Muslim: Merungkai komplikasi diri


Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
16 Februari 2013
Komplikasi Jiwa Muslim oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Komplikasi Jiwa Muslim oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

SOALAN:

Berdasarkan pengalaman Dr. Tuah dalam menangani masalah masyarakat, apakah pendapat Dr. tentang orang yang penuh dengan keluh-kesah? Setiap kali kita mendekatinya, yang kita dengar hanyalah keluhan sahaja.

Umpama seorang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberi ALLAH SWT dan tidak sabar dengan sebarang bentuk ujian. Keluh-kesah golongan ini lebih ketara apabila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan perasaan.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan sedemikian? Mohon penjelasan Dr. agar dapat membantu orang ramai yang menghadapi komplikasi jiwa.


JAWAPAN:

Seseorang itu dikatakan mengalami komplikasi kesihatan apabila kesihatannya semakin berat atau penyakitnya kian kronik. Dalam rawatan apabila seseorang pesakit semakin tenat, ini dikatakan dirinya sedang mengalami komplikasi. Tahukah anda... sebelum seseorang itu mengalami komplikasi kesihatan, terlebih dahulu pesakit itu menghadapi komplikasi jiwa?

Bunyinya seperti tidak munasabah. Tetapi tahukah anda, seseorang akan jatuh sakit setelah seluruh kekuatan dalamannya tewas bertarung dengan punca penyakit? Bukankah kita ada sel darah putih yang sentiasa berjuang di dalam tubuh untuk memastikan kita sihat?

Sel darah putih menjadi lemah apabila unsur spiritual kita lemah. Dalam erti kata lain, kita sedang mengalami komplikasi. Apabila ketewasan ini berterusan, akhirnya penyakit akan menjadi pemenang.

Fizikal yang sakit, senang dilihat dan mudahlah di­carikan ubatnya. Tetapi dalaman yang sakit, siapa tahu? Usahkan orang lain, kadang-kadang tuan punya diri pun tidak menyedarinya.

Apabila seseorang kerap mengalami rasa kusut sama ada disebabkan oleh masalah yang jelas terlihat atau yang tidak dapat dipastikan punca, sebenarnya dia sedang mengalami komplikasi jiwa.

Kebanyakan ‘pesakit’ saya sembuh dengan beberapa nasihat yang saya berikan. Sesetengahnya memerlukan kaunseling sehingga beberapa kali dan ada juga memakan masa bertahun-tahun.

Salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita berusia sekitar 40-an. Setakat ini telah mencapai 12 tahun lamanya namun masih juga tidak sembuh. Alangkah berat komplikasi jiwanya itu.

Jika anda tidak boleh bertenang meskipun ketika bersolat, anda mungkin mengalami komplikasi jiwa. Komplikasi ini datangnya dari emosi pada kedudukan theta dan delta yang banyak dipengaruhi syaitan yang membolak-balikkan hati.

Bayangkan sahajalah jika semasa solat pun hati tidak tenang, alangkah berat komplikasi yang dialami. Ini kerana pada ketika itulah sepatutnya syaitan tertolak, bukan?

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sebagai persediaan untuk mengelak komplikasi jiwa daripada berlaku? Sebagai muslim, kita sepatutnya dilihat lebih tenang. Bukankah Islam diturunkan untuk memberi panduan yang terbaik dalam kita melayari kehidupan?

i.    Cubalah bertenang selalu

Ada pelbagai cara untuk mencapai ketenangan. Tenang bermaksud denyutan jantung adalah normal sebagaimana orang biasa yang damai lagi harmoni. Bukan seperti orang yang sedang penat setelah berlari, yang kerap risau atau murung.

Minum air kosong dalam kuantiti yang banyak menjadi salah satu kaedah untuk mendapat arus alpha iaitu arus ketenangan.

ii.   Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah

Aktifkan hidup pasti kita tidak akan sempat untuk melayan perasaan yang membuai-buai. Kebanyakan mereka yang mengalami komplikasi jiwa adalah mereka yang kerap mengenang kisah-kisah silam atau kenalan lama.

Ini termasuklah bekas kekasih ataupun terlalu mengenang kata-kata buruk orang terhadapnya. Dengan mengaktifkan diri melakukan sesuatu yang baik, perasaan dapat diberikan tugasan. Lantas ia tidak akan melalut pada kenangan-kenangan yang tidak memberi faedah.

iii.  Kuatkan pergantungan dengan ALLAH SWT

Dengan hanya mengingati ALLAH SWT, hati kita akan menjadi tenang. Ada banyak lagi kaedah agar kita sentiasa teguh dengan tali-NYA. Di antaranya ialah tidak sesekali meninggalkan semua suruhan yang wajib seperti solat, puasa atau zakat, selalu membaca al-Quran, menghayati sirah Nabi Muhammad SAW serta sentiasa menambah amalan-amalan kebaikan.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenteramlah hati manusia.” - Surah ar-Ra’d: 28

Sumber: Sinar Harian 
http://www.sinarharian.com.my/buku/komplikasi-jiwa-muslim-merungkai-komplikasi-diri-1.131267

Ulasan Dan Pandangan :....Mahfuz turun dengar luahan PAS kawasan...

Ulasan Dan Pandangan :

Saya yang telah bersama PAS sejak dari kecil sehingga lah kini sebagai pengundi saluran 3. "Selain turun dengaq semua pimpinan perlu kembali kepada asas yang pernah dibawa oleh Al Marhum Ustaz Fadzil Nor dan tambahkan musyawarah dari mengeluarkan sebarang kenyataan demi kenyataan yang merugikan parti serta memperkasakan tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi di mana bukan sahaja dapat menyatu padukan, mengeratkan hati para pendokong dan akar umbi malah dapat membuka pintu hati penyokong lawan. Kurangkan menyerang sesama sendiri walau berbeza pendapat. Kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat. Usah jawatan serta pangkat diutamakan. 

Ambil pendekatan zaman al marhum dahulu di mana politik,dakwah dan syura dipimpin secara pengkhususan namun matlamat tetap sama selain bagi mengelak polemik serta percanggahan pendapat diutarakan di media. Kalau dahulu di sudut politik Al Marhum akan mengepalai dengan dibantu oleh pimpinan-pimpinan yang lain manakala dari sudut syura dan dakwah di bawah pimpinan ulama dengan Tok Guru sebagai mursyidul am nya.Apabila timbul sesuatu perkara dari sudut politik, kenyataan dari Presiden akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pimpinan lain akan membuat kenyataan balas atau pandangan.

Sebagai contoh zaman al marhum, banyak isu-isu politik dan sensasi telah timbul. Dengan kebijaksanaan dan ilmu agama yang dimiliki oleh al marhum serta ilmu mantiknya, maka setiap isu telah diselesaikan dengan begitu bijak sekali malah mengunci mulut lawan.

Para pimpinan yang lain tidak akan mendahului Presiden dalam membuat kenyataan atau pendangan malah akan menunggu terlebih dahulu kenyataan dari Presiden sebelum membuat ulasan atau pandangan agar ianya selari dengan kenyataan awal Presiden.

 Di saat selepas al marhum pergi meninggalkan para pendokong, suasana itu berubah di mana semua orang ingin menjadi penyelesai masalah, semua orang ingin bersuara di media, semua orang ingin bercakap, semua orang ingin menyuarakan pendapat dan pandangan malah kadang-kadang menyerang sesama sendiri malah mendahului tanpa menunggu kenyataan atau pandangan Presiden Tuan Guru Hadi Awang terlebih dahulu tetapi kadang2 juga tiada kedengaran kenyataan sudut politik dari Presiden dan kadang-kadang Tuan Guru Mursyidul Am terpaksa keluar bagi meredakan keadaan atau mematahkan hujah. 

Di Kedah pulak, kekuatan jamaah semakin menyusut dengan pencanggahan pendapat(..mungkin), perebutan jawatan(..mungkin), fitnah memfitnah (...mungkin), jatuh menjatuhkan(..mungkin), usaha ke arah penyatuan dan kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat selain mengambil pendekatan al marhum seperti tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi telah semakin menyusut (..mungkin) dan lain-lain lagi dan juga penyataan ketidakpuasan hati secara terbuka (..mungkin)

Saya mengatakan (..mungkin) sebab amat berharap dan beranggapan semua perkara tersebut tidak akan berlaku namun secara terbuka ianya adalah realiti yang berlaku kerana secara terang-terangan tanpa rahsia lagi.

Ramai orang menggunakan media alternatif dan media maya untuk menyatakan sebarang pendapat dan pandangan malah ada juga tohmahan, fitnah serta kenyataan2 kurang enak, maki hamun serta kata-kata herdik di mana dari sudut akhlak Islam amat tidak bertepatan malah dilarang oleh Islam.

Kenapa ini berlaku?? Satu persoalan.... Pasca PRU ke 12 Tahun 2008 adalah menjadi saksi di mana tsunami politik melanda dan membadai politik tanahair... Semua orang mengakui bahawa rakyat telah menolak politik berlandaskan assabiyah atau perkauman.. Namun, selepas kemenangan pada hemat saya, kita sibuk berceritakan tentang kemenangan dan pengisian kepada kemenangan tetapi (...mungkin) kita terlupa atau lebih tepat semakin berkurangan untuk mengisi kemenangan kepada para penyokong saluran 3,4 dan 5 dengan pengisian tinggalan al marhum tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi serta orang muda (..mungkin)

(...mungkin)Pimpinan atas diadakan setiap minggu atau bulanan ataupun setiap kali mesyuarat tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah tetapi kepada pendokong dan akar umbi atau orang muda yang bukan berlatar belakang agama adakah pengisian tersebut dilaksanakan? (...mungkin) ada di laksanakan di beberapa kawasan tetapi adakah ianya sudah mencapai tahap yang membanggakan..

(...mungkin) disebabkan kurangnya asas agama, mereka menggunakan media maya untuk menghentam,memaki hamun, memfitnah malah menyebarkan pekara-perkara yang tidak baik samada terhadap pimpinan atau sesama sendiri..amat menyedihkan ini berlaku kepada pendokong perjuangan terutama para pelapis muda..

Kita jadikan sahabat Rasulullah sebagai contoh di mana beliau memeriksa anak-anak buah semasa dinihari samada mereka bangun mengerjakan tahajjud dan menunaikan solat 5 waktu sebelum pergi berperang keesokannya di mana ianya bertujuan memastikan persediaan mereka untuk berperang penuh dengan bekalan iman dan taqwa agar kemenangan diperolehi dengan rahmat Allah.

Mungkin Pesuruh Jaya PAS yang baru Dato' Mahfuz perlu mengambil beberapa pendekatan bagi memantapkan serta memperkasakan beberapa perkara yang telah ditinggalkan oleh al marhum kerana saya yakin beliau amat rapat dengan al marhum sewaktu al marhum masih ada dahulu agar impian merampas kembali Kedah menjadi kenyataan  serta perkasakan tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi serta orang muda dan kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat, elakkan menjatuhkan hukum kesalahan pimpinan lain secara terbuka terutama di media perdana. 

Marilah sama-sama bermuhasabah ke atas kesalahan dan kesilapan masing-masing...Utuhnya Jamaah atas muafakat robohnya Jamaah atas perbalahan berpanjangan...

Maaf dipinta sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyentuh perasaan sesiapa kerana yang baik adalah datang dari ALLAH dan yang tidak baik datang dari kekhilafan serta kekurangan diri saya...Wallahu a'lam..."

 Mungkin video berikut dapat sama-sama kita bermuhasabah dan meningkatkan semangat kita semula...

 

Mahfuz turun dengar luahan PAS kawasan

Harakah 

Anis Nazri, 20 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar akan turun ke setiap kawasan bagi bertemu ahli akar umbi parti itu untuk mendapatkan maklumbalas berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Menurutnya, biarpun tarikh belum ditetapkan, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi mendengar sendiri segala perjalanan dan masalah parti di kawasan-kawasan itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Mahfuz berkata pertemuan dengan semua ketua-ketua cawangan di setiap kawasan akan dilakukan, selain mengatur pertemuan dengan setiap dewan-dewan.

"Saya akan aturkan pertemuan di setiap kawasan, dengan menemui setiap cawangan untuk melihat dan mendengar sendiri permasalahan atau apa sahaja luahan mereka.

"Tidak lain dan tidak bukan ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemantapan parti, selain menjadi medium untuk saya lebih mengetahui perkembangan PAS negeri," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Selain itu, tambah Mahfuz, satu pertemuan tertutup antara anggota perhubungan PAS negeri dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan diadakan pada minggu depan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS itu berkata PAS Kedah turut menubuhkan jawatankuasa 'post-mortem' pilihan raya peringkat negeri bagi mengenal pasti punca kekalahan parti itu di Kedah pada PRU13 lalu setelah mentadbirnya selama satu penggal.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan YDP PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.

Jawatankuasa itu diberi tempoh empat bulan untuk melengkapkan laporan sebelum dibentang dan dibahaskan bersama anggota perhubungan PAS negeri.

"Selepas kita terima laporan, dibentang dan dibahaskan, barulah kita akan membuat tindakan selanjutnya bersesuaian dengan hasil post-mortem itu," tegas beliau.

Sumber: HARAKAH DAILY

Ahad, 19 Mei 2013

Berkasih Sayang Kerana Allah...

Berkasih Sayang Kerana Allah...

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.
Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.
"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.
TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini..."Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.
Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakkan.
TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.
Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.
Sumber: http://sanusisetpol.blogspot.com/


Rabu, 15 Mei 2013

MUKHRIZ Sertai Majlis SOLAT HAJAT Untuk UST AZIZAN

MUKHRIZ Sertai Majlis SOLAT HAJAT Untuk UST AZIZAN

ALOR SETAR, 13 Mei -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) menunaikan solat hajat berjemaah di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.




Mukhriz Mahathir (kanan) bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis solat hajat dan bacaan surah Yassin di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.



Majlis solat hajat serta bacaan surah Yassin diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan untuk bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Ahad, 12 Mei 2013

What must Facility Manager should know about this and What we as user must be more carefull

Facility manager should know bout this and we as user must be more careful..eyeks
5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu



Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini Melayukini.net ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu



Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini Melayukini.net ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular