Rabu, 8 Mei 2013

Bekas Speaker Dun Kedah akur keputusan rakyat

Bekas Speaker Dun Kedah akur keputusan rakyat
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Dr Abdul Isa
Dr Abdul Isa sempat melambai tangan kepada media selepas 
keluar meninggalkan pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
 
ALOR SETAR - Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akur keputusan rakyat yang mahu pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam masa sama, katanya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas juga telah melaksanakan yang terbaik sepanjang lima tahun pemerintahan.

“Saya tidak sedih. Ini takdir, kita kena terima. Kita hormati keputusan rakyat. Kita sudah buat buat yang terbaik. Kalau rakyat nak balik kepada kerajaan dahulu, kita kena terima,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang kelihatan memasuki perkarangan Wisma Darul Aman menaiki kenderaan peribadi kira-kira jam 10.30 pagi sebelum meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

“Saya pergi ke Wisma Darul Aman hanya untuk menyerahkan kunci kereta rasmi kerajaan negeri dan ambil beberapa barang saya yang masih tertinggal dipejabat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini