Selasa, 21 Mei 2013

KEKASIH ISTERI Larikan Diri SELEPAS SUAMI Pulang Ke Rumah






BRAZIL - Satu drama lucu berlaku di bandar Sao Paolo apabila ramai penduduk di sana menyaksikan 'aksi' seorang lelaki yang cuba untuk melarikan diri dari bilik tidur seorang wanita yang tertangkap melakukan perbuatan curang oleh suaminya yang telah pulang ke rumah.

Lebih menarik, 'aksi' melarikan diri ini berlaku dari tingkap aras tiga. Dramaini bermula dengan pertengkaran mulut antara suami dan isteri di luar tingkat tiga bangunan apartmen.

'Ini baju siapa?,' tanya si suami dalam Bahasa Portugis. Isterinya yang marah kemudian melontar baju itu ke arah orang ramai yang berkumpul di bawah.

Pertengkaran yang seakan-akan akan berakhir itu mula menjadi semakin hangat apabila seorang lelaki muncul dari tingkap bilik apartmen itu. Walaupun dalam keadaan tidak berbaju, lelaki yang dipercayai orang ketiga itu cepat berfikir bagaimana untuk melarikan diri.

Seperti yang selalu dilihat dalam drama TV , lelaki ini mengikat beberapa kain cadar untuk dijadikan tali sebelum melarikan diri. Sementara itu orang ramai yang berkumpul di bawah, ketawa kepada lelaki itu dan mengejeknya. 'Cornudo!' jeritan mereka kepada si suami, istilah Bahasa Portugis untuk suami yang ditipu.




Ketika tiba di tingkap bawah, dia berhenti. Orang ramai terus mengejek lelaki itu dan pasangan suami isteri yang terus bertengkar.

'Lompat!', teriak orang ramai kepada lelaki itu. Mujur pasukan bomba sudah bersedia dengan tilam di atas jalan. Bagaikan aksi lagak ngeri Hollywood, lelaki itu terjun ke atas tilam itu sebelum turun ke atas jalan.

Sambil berkaki ayam dan tidak berbaju, lelaki itu sempat bersorak kepada si suami dan orang ramai sebelum melarikan diri.

Saksikan video penuh kejadian ini di bawah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular