Isnin, 20 Mei 2013

Ulasan Dan Pandangan :....Mahfuz turun dengar luahan PAS kawasan...

Ulasan Dan Pandangan :

Saya yang telah bersama PAS sejak dari kecil sehingga lah kini sebagai pengundi saluran 3. "Selain turun dengaq semua pimpinan perlu kembali kepada asas yang pernah dibawa oleh Al Marhum Ustaz Fadzil Nor dan tambahkan musyawarah dari mengeluarkan sebarang kenyataan demi kenyataan yang merugikan parti serta memperkasakan tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi di mana bukan sahaja dapat menyatu padukan, mengeratkan hati para pendokong dan akar umbi malah dapat membuka pintu hati penyokong lawan. Kurangkan menyerang sesama sendiri walau berbeza pendapat. Kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat. Usah jawatan serta pangkat diutamakan. 

Ambil pendekatan zaman al marhum dahulu di mana politik,dakwah dan syura dipimpin secara pengkhususan namun matlamat tetap sama selain bagi mengelak polemik serta percanggahan pendapat diutarakan di media. Kalau dahulu di sudut politik Al Marhum akan mengepalai dengan dibantu oleh pimpinan-pimpinan yang lain manakala dari sudut syura dan dakwah di bawah pimpinan ulama dengan Tok Guru sebagai mursyidul am nya.Apabila timbul sesuatu perkara dari sudut politik, kenyataan dari Presiden akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pimpinan lain akan membuat kenyataan balas atau pandangan.

Sebagai contoh zaman al marhum, banyak isu-isu politik dan sensasi telah timbul. Dengan kebijaksanaan dan ilmu agama yang dimiliki oleh al marhum serta ilmu mantiknya, maka setiap isu telah diselesaikan dengan begitu bijak sekali malah mengunci mulut lawan.

Para pimpinan yang lain tidak akan mendahului Presiden dalam membuat kenyataan atau pendangan malah akan menunggu terlebih dahulu kenyataan dari Presiden sebelum membuat ulasan atau pandangan agar ianya selari dengan kenyataan awal Presiden.

 Di saat selepas al marhum pergi meninggalkan para pendokong, suasana itu berubah di mana semua orang ingin menjadi penyelesai masalah, semua orang ingin bersuara di media, semua orang ingin bercakap, semua orang ingin menyuarakan pendapat dan pandangan malah kadang-kadang menyerang sesama sendiri malah mendahului tanpa menunggu kenyataan atau pandangan Presiden Tuan Guru Hadi Awang terlebih dahulu tetapi kadang2 juga tiada kedengaran kenyataan sudut politik dari Presiden dan kadang-kadang Tuan Guru Mursyidul Am terpaksa keluar bagi meredakan keadaan atau mematahkan hujah. 

Di Kedah pulak, kekuatan jamaah semakin menyusut dengan pencanggahan pendapat(..mungkin), perebutan jawatan(..mungkin), fitnah memfitnah (...mungkin), jatuh menjatuhkan(..mungkin), usaha ke arah penyatuan dan kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat selain mengambil pendekatan al marhum seperti tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi telah semakin menyusut (..mungkin) dan lain-lain lagi dan juga penyataan ketidakpuasan hati secara terbuka (..mungkin)

Saya mengatakan (..mungkin) sebab amat berharap dan beranggapan semua perkara tersebut tidak akan berlaku namun secara terbuka ianya adalah realiti yang berlaku kerana secara terang-terangan tanpa rahsia lagi.

Ramai orang menggunakan media alternatif dan media maya untuk menyatakan sebarang pendapat dan pandangan malah ada juga tohmahan, fitnah serta kenyataan2 kurang enak, maki hamun serta kata-kata herdik di mana dari sudut akhlak Islam amat tidak bertepatan malah dilarang oleh Islam.

Kenapa ini berlaku?? Satu persoalan.... Pasca PRU ke 12 Tahun 2008 adalah menjadi saksi di mana tsunami politik melanda dan membadai politik tanahair... Semua orang mengakui bahawa rakyat telah menolak politik berlandaskan assabiyah atau perkauman.. Namun, selepas kemenangan pada hemat saya, kita sibuk berceritakan tentang kemenangan dan pengisian kepada kemenangan tetapi (...mungkin) kita terlupa atau lebih tepat semakin berkurangan untuk mengisi kemenangan kepada para penyokong saluran 3,4 dan 5 dengan pengisian tinggalan al marhum tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi serta orang muda (..mungkin)

(...mungkin)Pimpinan atas diadakan setiap minggu atau bulanan ataupun setiap kali mesyuarat tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah tetapi kepada pendokong dan akar umbi atau orang muda yang bukan berlatar belakang agama adakah pengisian tersebut dilaksanakan? (...mungkin) ada di laksanakan di beberapa kawasan tetapi adakah ianya sudah mencapai tahap yang membanggakan..

(...mungkin) disebabkan kurangnya asas agama, mereka menggunakan media maya untuk menghentam,memaki hamun, memfitnah malah menyebarkan pekara-perkara yang tidak baik samada terhadap pimpinan atau sesama sendiri..amat menyedihkan ini berlaku kepada pendokong perjuangan terutama para pelapis muda..

Kita jadikan sahabat Rasulullah sebagai contoh di mana beliau memeriksa anak-anak buah semasa dinihari samada mereka bangun mengerjakan tahajjud dan menunaikan solat 5 waktu sebelum pergi berperang keesokannya di mana ianya bertujuan memastikan persediaan mereka untuk berperang penuh dengan bekalan iman dan taqwa agar kemenangan diperolehi dengan rahmat Allah.

Mungkin Pesuruh Jaya PAS yang baru Dato' Mahfuz perlu mengambil beberapa pendekatan bagi memantapkan serta memperkasakan beberapa perkara yang telah ditinggalkan oleh al marhum kerana saya yakin beliau amat rapat dengan al marhum sewaktu al marhum masih ada dahulu agar impian merampas kembali Kedah menjadi kenyataan  serta perkasakan tarbiah,tamrin, usrah serta dakwah antara pimpinan dan akar umbi serta orang muda dan kembali kepada al quran dan sunnah sekiranya terdapat percanggahan pendapat, elakkan menjatuhkan hukum kesalahan pimpinan lain secara terbuka terutama di media perdana. 

Marilah sama-sama bermuhasabah ke atas kesalahan dan kesilapan masing-masing...Utuhnya Jamaah atas muafakat robohnya Jamaah atas perbalahan berpanjangan...

Maaf dipinta sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyentuh perasaan sesiapa kerana yang baik adalah datang dari ALLAH dan yang tidak baik datang dari kekhilafan serta kekurangan diri saya...Wallahu a'lam..."

 Mungkin video berikut dapat sama-sama kita bermuhasabah dan meningkatkan semangat kita semula...

 

Mahfuz turun dengar luahan PAS kawasan

Harakah 

Anis Nazri, 20 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar akan turun ke setiap kawasan bagi bertemu ahli akar umbi parti itu untuk mendapatkan maklumbalas berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Menurutnya, biarpun tarikh belum ditetapkan, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi mendengar sendiri segala perjalanan dan masalah parti di kawasan-kawasan itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Mahfuz berkata pertemuan dengan semua ketua-ketua cawangan di setiap kawasan akan dilakukan, selain mengatur pertemuan dengan setiap dewan-dewan.

"Saya akan aturkan pertemuan di setiap kawasan, dengan menemui setiap cawangan untuk melihat dan mendengar sendiri permasalahan atau apa sahaja luahan mereka.

"Tidak lain dan tidak bukan ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemantapan parti, selain menjadi medium untuk saya lebih mengetahui perkembangan PAS negeri," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Selain itu, tambah Mahfuz, satu pertemuan tertutup antara anggota perhubungan PAS negeri dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan diadakan pada minggu depan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS itu berkata PAS Kedah turut menubuhkan jawatankuasa 'post-mortem' pilihan raya peringkat negeri bagi mengenal pasti punca kekalahan parti itu di Kedah pada PRU13 lalu setelah mentadbirnya selama satu penggal.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan YDP PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.

Jawatankuasa itu diberi tempoh empat bulan untuk melengkapkan laporan sebelum dibentang dan dibahaskan bersama anggota perhubungan PAS negeri.

"Selepas kita terima laporan, dibentang dan dibahaskan, barulah kita akan membuat tindakan selanjutnya bersesuaian dengan hasil post-mortem itu," tegas beliau.

Sumber: HARAKAH DAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini