Rabu, 29 Oktober 2014

Permainan zaman dahulu yang dilupakan




Masihkan kita teringat permainan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu. Permainan yang generasi sekarang tidak dapat ceburi.
Itulah istimewanya kanak-kanak dahulu, mereka dapat bermain dengan gembira berbeza kanak-kanak zaman sekarang yang rata-rata bermain dengan gadget, iPad, Note dan sebagainya. Teknologi telah menenggelamkan zaman permainan dahulu.

Berikut adalah permainan yang cukup popular ketika dahulu:



1. Permainan Congkak


Salah satu permainan tradisional, congkak merupakan permainan yang menguji kemahiran pengiraan seseorang. Saya masih ingat yang kawan-kawan dan saya pernah melukis diatas meja dengan kapur, semata-mata untuk membuat bentuk congkak dan bermain dengan guli.


2. Permainan Guli

Guli merupakan salah satu permainan yang amat digemari kanak-kanak dulu. Kenapa? Sesiapa yang mempunyai guli-guli yang berwarna lain daripada lain, mesti nak menunjuk-nunjuk...kan? 



3. Permainan Ting-Ting

Melukis kotak2 di atas tanah.. anda perlu menggunakan satu kaki sahaja atau erti kata lain "menjengkek" kaki.



4. Permainan zero point

Kumpul-kumpul getah dari bungkusan nasi lemak, ikat getah bersama-sama untuk dijadikan 'skipping rope'. Pelbagai gaya dan cara untuk main lompat getah dan permainan ini sering dijadikan 'pertandingan' antara kawan-kawan. Kadang-kala kaki pun boleh tersekat dengan dalam rantai getah-getah.



5. Permainan Gasing

Gasing merupakan permainan tradisional di negeri Kelantan. Tapi, kalau di bandar KL, ada musimnya untuk main gasing. Biasanya dekat hujung tahunlah permainan gasing akan dibawa ke sekolah. Yang tidak mahir main pun akan pergi beli di kedai dan bawa ke sekolah sekadar nak main bersama.



6. Permainan Baling Selipar

Selipar dikumpul dan didirikan.. Permainan ini hampir sama dengan permainan tuju tin..



7. Permainan Ceper/ Tudung Botol

Banyak kegunaan penutup botol minuman Coca-cola dan F&N. Penutup botol besi itu ada kalanya dileperkan atau dijadikan batu seremban. Ada juga menggunakan penutup botol minuman untuk main 'tembak-tembak'. Faham-faham jelah, ya.



8. Permainan Batu Seremban

Ingat atau tidak, setiap hari sebelum kelas bermula, anda mesti nampak kawan-kawan perempuan anda main batu seremban di luar koridor kelas. Konsep permainan ini senang dan boleh bermain dengan dua hingga lima oranf kawan. Sesiapa yang mahir main batu seremban mesti bangga sebab dapat menangkap batu-batu tersebut setiap kali ia dilontarkan.




9. Pemadam

Ini permainan kesukaan budak-budak lelaki. Biasanya pemadam dibeli bukannya dipakai untuk memadam kesilapan di buku nota, tetapi dijadikan alat untuk main. Ingat lagi pemadam yang mempunyai bendera negara berlainan menjadi rebutan antara kawan-kawan. Caranya ialah menang dalam permainan pemadam dan anda boleh mengambil pemadam pesaing anda.




10. Polis Sentri

 Permainan ini bermula dengan penubuhan team polis dan team penjahat. Team polis perlu tangkap penjahat dan membilang nombor satu hingga nombor sepuluh. Dah cukup kiraan, penjahat akan ditempatkan dalam penjara dan dilukis circle atas tanah atau pada tiang polol. Semua penjahat akan ditempatkan dalam penjara ni. Penjara ini akan dikawal oleh beberapa orang polis. Penjahat yang masih kat luar boleh menyelamatkan teman banduan dengan penyentuh tapak tangan banduan dalam penjara sambil menyebut “Safe”. Selalunya penjara ni dikawal dengan ketat oleh polis.Lepas semua penjahat ditangkap dan dipenjarakan, maka team penjahat akan bertukar menjadi polis dan team polis pula menjaditeam penjahat. Zaman tu banyak permainan rakyat yang tak perlu mengeluarkan duit. Kalau kena beli barang pun pada harga yang minima.

Photo: MENGENALI PERMAINAN DULU-DULU (POLIS SENTRI)</p>
<p>Permainan ini bermula dengan penubuhan team polis dan team penjahat. Team polis perlu tangkap penjahat dan membilang nombor satu hingga nombor sepuluh. Dah cukup kiraan, penjahat akan ditempatkan dalam penjara dan dilukis circle atas tanah atau pada tiang polol. Semua penjahat akan ditempatkan dalam penjara ni. Penjara ini akan dikawal oleh beberapa orang polis. Penjahat yang masih kat luar boleh menyelamatkan teman banduan dengan penyentuh tapak tangan banduan dalam penjara sambil menyebut “Safe”.  Selalunya penjara ni dikawal dengan ketat oleh polis.</p>
<p>Lepas semua penjahat ditangkap dan dipenjarakan, maka team penjahat akan bertukar menjadi polis dan team polis pula menjaditeam penjahat. Begitulah seterusnya sehingga masing-masing keletihan atau bila dah hari menjelang senja. </p>
<p>Zaman tu banyak permainan rakyat yang tak perlu mengeluarkan duit.  Kalau kena beli barang pun pada harga yang minima.


So.. mana satu permainan yang paling bersejarah dalam hidup anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular