Ahad, 15 Ogos 2010

Ali Baba mengikut pandangan presiden mca

PM minta Cina yakin beliau jaga kepentingan semua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membuat rayuan kepada komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

Berucap pada kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.

Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan pada ucaptaamanya itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.

“Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.

“Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda.”

Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata mereka boleh memainkan peranan itu melalui inovasi ekonomi yang diwujudkan hasil daripada gandingan tulen dengan masyarakat lain.

"Mela
lui gandingan tulen ini, kita boleh mencapai matlamat untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil. Kita perlu berbuat demikian sekiranya kita ingin mencapai potensi kita dan memelihara kemajuan serta kemakmuran yang telah kita nikmati selama ini," katanya.
Lebih banyak peluang
Kongres yang bertemakan "Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu turut dihadiri oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Najib berkata kerajaan sedang berusaha untuk membuka lebih banyak peluang kepada semua rakyat Malaysia dalam segenap bidang.

Beliau juga meminta sektor awam dan swasta berganding bahu dan memanfaatkan bakat yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini ke arah mencapai matlamat nasional.

Semua pihak, termasuk kerajaan, perlu menggalakkan pembentukan gandingan tulen antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera untuk memastikan negara ini terus maju.

"Kita perlu lakukan perkara ini kerana kita mengakui bahawa kepelbagaian menjadi teras kekuatan dan sumber kreativiti serta inovasi yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi kita," katanya.

Sem
entara itu, Bernama melaporkan Chua pada ucapannya berkata beliau berharap kongres itu akan menggubal resolusi tentang bagaimana mereka boleh menggerakkan masyarakat Cina dan Melayu mewujudkan gandingan tulen.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Chua berkata untuk mencapai Wawasan 2020, semua kaum di negara ini perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi untuk membolehkannya bersaing di peringkat antarabangsa.Ali Baba

"Kami ingin berlaku adil kepada bumiputera dan gandingan tulen merupakan suatu keperluan. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, kita tidak mahu konsep 'Ali Baba', di mana seperti yang kita tahu, contohnya, banyak kontraktor Kelas F tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dan yang sudah kukuh.

"Kami tidak mahu wujud suatu keadaan di mana hanya satu masyarakat yang berjaya. Kami mahu peluang yang serupa diberi kepada bumiputera dan sebab itulah kami cadangkan penubuhan gandingan tulen,
" katanya.

Beliau berkata untuk mencapai status negara maju, pengagihan kek ekonomi secara adil dan tindakan afirmatif, perlu dilaksanakan.

"Setiap orang perlu mendapat manfaat daripada pembangunan negara dan tiada siapa patut dipinggirkan," katanya

Sumber Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular