Rabu, 11 Ogos 2010

Pelakon Porno Hina ISLAM..hangpa kata takpa.. Jika Guan Eng yang kata 4hari 4malam hangpa bising..

Presiden MCA hina Islam? TPM tak mau tokok tambah

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai pandangan sendiri ke atas kritikan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ke atas Umno.

Namun
, pada peringkat ini, beliau masih meneliti pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Umno sebelum memutuskannya.

"Saya tidak hendak menokok tambah lagi kalau dia dilihat tidak sehaluan dalam hal ini (kerana) tidak boleh membantu meningkatkan imej BN," katanya.

Tambahnya, beliau lebih "berminat" sekiranya perkara tersebut dibincangkan di peringkat BN.

"Kal
au ada perkara tertentu yang Datuk Chua Soi Lek berasa perlu penjelasan, kita boleh buat dalam keadaan begitu.

"Tapi bila sudah keluar (dilaporkan meluas) begitu, saya sambut dengan pandangan saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, beliau juga tidak ingin memanjangkan lagi hal tersebut kerana ada pihak yang mahu mengambil peluang apabila wujud perbezaan pandangan dalam BN.

Pada 6 Ogos lalu Chua membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Dipetik dr Kedah Lanie.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular