Naib Pengerusi DAP: Orang Islam Boleh Laksana Hudud
Posted on Tuesday, August 24 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: dperbatasan
"
Orang Islam boleh laksana hudud - Ini adalah kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giew, Menurut Beliau orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
Keterbukaan begini yang diharap oleh rakyat terutama orang islam kerana hudud adalah satu tuntutan dalam agama islam bagi penganutnya.
Kepada YB Lim Kit Siang Dan YB Karpal Singh anda berdua patut berubah dan buktikan DAP mampu "UBAH"
- D'perbatasan

SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.
“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.
Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa.
Dipetik dr Tranungkite Online
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
-
"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku.. " petikan dialog Aziz Sattar dala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan