Kalendar "24 Musim" Chu Shu
28 Syaaban 1431 H
Kalendar "24 Musim" merupakan satu sistem kalendar yang diciptakan oleh rakyat China pada zaman purba berdasarkan perubahan iklim, sukatan hujan dan pelbagai fenomena alam yang lain.
Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik.
Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubahan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.
Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar.
Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga".
Pada puratanya, terdapat dua "musim" dalam masa sebulan dan masing-masing jatuh pada awal dan akhir sesuatu bulan. Yang jatuh pada akhir bulan Ogos ialah "Chu Shu".
"Chu Shu" biasanya jatuh pada 22 hb, 23 hb atau 24 hb bulan Ogos setiap tahun. "Chu Shu" bagi tahun ini telah jatuh pada 23 Ogos lalu. Dalam kalendar "24 Musim", penggal yang sebelum "Chu Shu" ialah "Permulaan Musim Gugur". Dalam bahasa China, "Chu" bermaksud berhenti, manakala "Shu" bermaksud kepanasan.
Dalam buku kalendar kuno China, "Chu Shu" bermaksud "musim panas akan berhenti". Dalam rancangan sebelum ini, kami telah memperkenalkan "Xiao Shu" dan "Da Shu" iaitu dua penggal daripada kalendar "24 Musim".
Kedua-dua musim itu merupakan tempoh yang cuacanya paling panas di China. "Chu Shu" merupakan penggal terakhir dalam setahun yang namanya mengandungi "Shu" yang bermaksud kepanasan. Namun, cuaca dalam tempoh "Chu Shu" sudah beransur-ansur berubah dan tidak panas sangat.
Pada masa di sekitar hari "Chu Shu", suhu udara di seluruh China secara puratanya masih berada di atas 22 darjah Selsius. Sehubungan dengan itu, kebanyakan kawasan di China masih berada dalam musim panas ketika ketibaan "Chu Shu".
Walau bagaimanapun, setelah tibanya "Chu Shu", kekerapan aliran udara sejuk ke arah selatan akan menjadi semakin bertambah dan menyebabkan suhu udara di kebanyakan kawasan di China menurun dengan cepat.
Oleh sebab itu, "Da Shu" dan "Chu Shu" juga dikenali sebagai musim peralihan daripada musim panas kepada musim sejuk. Ciri-ciri iklim pada musim "Chu Shu" ialah suhu udara agak tinggi pada waktu siang dan sebaliknya pada waktu malam.
Semasa musim "Chu Shu", tiupan udara kering dari arah utara telah menyebabkan cuaca langit yang cerah dan tidak banyak berawan, akan tetapi bahang matahari adalah berkurang secara relatif. Ini telah menyebabkan perbezaan suhu udara pada waktu siang dan waktu malam agak besar.
Di kawasan selatan China, masa kedatangan musim gugur agak lewat berbanding dengan kawasan utara China. Walaupun, hari "Chu Shu" sudah berlaku, akan tetapi cuaca masih tetap panas.
Di kawasan aliran Sungai Yangtze di bahagian selatan China, penduduk tempatan di situ akan memberitahu anda bahawa 18 hari setelah hari "Chu Shu" berlalu, barulah cuaca akan menjadi sejuk. Sebenarnya, 18 hari lagi, hari "Embun Putih", salah satu penggal dalam kalendar "24 Musim" akan jatuh.
Pada ketika itu, perbezaan suhu udara pada waktu siang dan waktu malam akan menjadi lebih besar sehingga udara mulai mengembun.
Dalam aktiviti pertanian, cuaca yang siangnya panas dan malamnya sejuk sangat berfaedah bagi pertumbuhan tanaman. Ini kerana tanaman akan membuahkan hasil dengan lebih cepat dalam cuaca tersebut.
Sebenarnya, "Chu Shu" merupakan musim kedua setelah musim gugur tiba di China. Pada musim gugur, kaum tani di China akan menjadi semakin sibuk. Tanaman biji-bijian seperti jagung telah mula matang dan sedia untuk dituai. Serentak dengan itu, kapas dan padi hasilan awal juga mulai dituai.
Penurunan hujan pada musim itu akan memberi pengaruh yang berbeza bagi kawasan selatan dan utara China. Di bahagian utara China yang jarang hujan, penurunan hujan boleh membantu pertumbuhan tanaman untuk memperoleh tuaian yang besar.
Akan tetapi, bagi bahaigan selatan China yang sering hujan, jika hujan turun pada hari "Chu Shu", ini mungkin mengakibatkan tuaian tahun itu terjejas teruk. Ini kerana, padi akan dituai pada musim itu di samping keladi juga perlu bertumbuh dalam persekitaran yang kering untuk menghasilkan lebih banyak kanji.
Jika hujan terlalu banyak pada masa itu, ini akan menjejaskan pertumbuhan dan penuaian tanaman pertanian.
Kaum tani China telah merumuskan kesan penurun hujan dan cahaya terhadap hasil penuaian tanaman pertanian dengan meneliti perubahan iklim dan keunikan cuaca di tempat mereka. Ini juga memperlihatkan kebijaksanaan rakyat China pada zaman purba itu.
CRI/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan