Selasa, 31 Ogos 2010

TG Dato' Dr. Haron Din Jalani Pembedahan Jantung
Posted on Monday, August 30 @ 21:55:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Berita Oleh: admin_ann

"KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah berlepas ke California, Amerika Syarikat pada 28hb Ogos kelmarin untuk menjalani pembedahan jantung. Beliau ditemani oleh isteri dan anak-anaknya sepanjang pemergian beliau di sana.
Ini merupakan pembedahan jantung yang kelima baginya. Kali terakhir beliau menjalaninya kira-kira 10 tahun yang lalu.


ustharon-ustnasaPembedahan jantung tersebut akan diadakan di Stanford University Hospital, San Francisco, California. Dato’ Dr Haron Din terpaksa menjalankan pembedahan di sana kerana pihak Institut Jantung Negara tidak ada kepakaran khusus untuk melakukannya disebabkan komplikasi permasalahan jantung yang beliau alami.ustharon-kliaMenurut maklumat yang diberikan oleh pihak Dato’, beliau akan menjalani prosedur koronari angiogram yang akan disusuli dengan koronari angioplasti dan berkemungkinan akan menjalani pembedahan jantung pada hari Selasa, 31 Ogos.ustharon-ustnashaDi KLIA, beliau diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama isteri dan kira-kira 500 orang yang memberikan sokongan moral dan doa kepada Dato’ Dr Haron Din. -ANN"


Dipetik dr tranungkiter online 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular