Isnin, 1 Ogos 2011

Doa-doa Kesembuhan



Doa-doa kesembuhan di bawah ini adalah dipetik daripada hadis Rasulullah saw. Sesuai dibaca untuk semua penyakit sama ada penyakit fizikal, mental atau rohani.

اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ
 شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
"Hilangkanlah (dia daripada) kesakitan, wahai Tuhan manusia. Dan, sembuhkanlah (dia), Engkaulah Tuhan yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhan (yang dikurniakan) oleh-Mu. Penyembuhan yang tidak akan berulang lagi penyakit itu."
(Riwayat Muslim)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, dan makhluk yang berbisa, dan daripada setiap pandangan mata yang berniat jahat." 
  (Riwayat al-Bukhari)

بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ 
 يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ 
"Dengan nama Allah, aku berdoa supaya Allah menyembuhkanmu daripada setiap perkara yang menyakitimu, dan daripada setiap jiwa, mata dan penghasad. Allah akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah, aku berdoa supaya Allah menyembuhkanmu."
(Riwayat Ibnu Majah)

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
 "Aku berlindung dengan Allah dan qudrat-Nya daripada kejahatan yang bakal menimpaku dan yang aku ingin hindari."
(Riwayat Muslim)
 
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ 
"Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan arasy yang yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu."
(Riwayat at-Tirmizi
http://apabilasauhdilabuh.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular