Rabu, 17 Ogos 2011

Menteri Besar abaikan cuti, pengerusikan mesyuarat Exco


http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/dsc_4962.jpg
Gambar terbaru Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan

ALOR SETAR - Walaupun sepatutnya masih bercuti sehingga 29 Ogos ini Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan tetap mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.

“Tak ada benda baru. Keputusan perlu perlu masuk mesyuarat Exco, termasuklah keputusan untuk memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sempena raya. Kena Exco lulus,” katanya.

Beliau juga memberitahu keputusan memberi setengah bulan gaji itu termasuklah kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menyentuh mengenai kesihatannya, beliau  memberitahu keadaannya semakin baik, namun masih meneruskan rawatan susulan mengikut prosedur biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan perjalanan jantung.

“Keadaan Alhamdulilah baik tapi di bawah pengawasan doktor. Dia tengok gula, jantung, tekanan darah. Lebih dua minggu menerima rawatan di IJN dan disambung rawatan di Kedah.

“Cuti sampai 29 haribulan tapi saya datang. Cuti rasmi cuti tak rasmi saya mai kerana tak mahu kerja-kerja pentadbiran negeri tergendala walaupun doktor suruh rehat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, dari segi fizikal beliau agak lemah tetapi boleh menjalankan tugas dan sebelum mesyuarat beliau telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selama satu jam dan beliau mengambil masa dua jam setengah untuk mesyuarat ini.

Beliau juga memberitau selama tiga tahun bekerja beliau tidak pernah mengambil cuti dan semasa berada di IJN ramai ahli-ahli politik yang datang melawatnya termasuklah di pihak pembangkang.

“Ramai datang Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Bashah, Dato’ Chow, Dato’ Saravanan, ramai lagi. Tak ingatlah dah, terima kasih banyak kerana lawat saya,” katanya.

YAB Dato’ Seri Azizan dimasukkan ke IJN selepas dinaishatkan oleh pakar dari Kedah Mecal Centre Alor Setar berikutan komplikasi jantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular