Isnin, 15 Ogos 2011

DONOVAN - Perusuh London YANG MEROMPAK Asyraf DIDAKWA


Seorang lelaki telah dikenakan dengan dakwaan merompak pelajar muda Malaysia yang baru-baru ini telah mengejutkan dunia.

Rakaman telefon bimbit yang menunjukkan serangan ganas itu digambarkan sebagai 'menjijikkan' oleh David Cameron. Ia menunjukkan sekumpulan perusuh berpura-pura datang untuk membantu Asyraf Haziq Rossli, 20, yang tercedera dan terbaring di atas tanah.

Mereka berlakon seolah-olah ingin membantu beliau berdiri, kemudian mereka merompaknya.

Reece Donovan, 21, (kiri), daripada Romford, Essex, muncul dihadapan majistret semalam dan dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PSP Asyraf Haziq Rossli , 20, (kanan).

Donovan didakwa antara salah seorang daripada kumpulan yang menyamar untuk membantu pelajar itu yang cedera dan berdarah di atas tanah selepas rahang beliau dipecahkan oleh samseng dalam serangan yang lebih awal.

Tetapi selepas membantunya, Donovan telah merompak barangan yang bernilai £ 300 dari beg sandang beliau manakala ahli-ahli kumpulan yang lain menganggunya.

Mengejutkan: rakaman telefon bimbit menunjukkan pelajar Malaysia yang dipukul dengan ganas oleh perusuh.

Berjuta-juta penonton televisyen dan YouTube melihat pelakunya mencium hujung jari untuk memberi salam hormat 'sakit' selepas dia mendapat barang-barang curi.

Jiran Donovan juga mendakwa kehidupan mereka sering diganggu kerana beliau sering memainkan muzik yang kuat. Seorang jiran berkata bahawa lagu kegemaran beliau adalah In For The Kill oleh La Roux, yang dimainkan dengan sangat kuat setiap malam.

Wanita, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata: "Dia banyak mendengar lagu Eminem tetapi lagu kegemarannya adalah In For The Kill."

Semasa pendengaran pendakwaan semalam di Mahkamah Majistret Westminster, Donovan hanya tanpa perasaan, dan merenung lantai.

Semalam, mahkamah diberitahu bahawa Donovan, dari Cross Road, Romford, telah tidak mengaku bersalah. Hakim Nicholas Evans berkata beliau telah mengarahkan Donovan ditahan dan memerintahkan beliau untuk hadir di Mahkamah Wood Green Crown di North London pada 19 Ogos ini. http://pulakdah.blogspot.com/2011/08/donovan-persusuh-london-yang-merompak.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular