Rabu, 3 Ogos 2011

Kucing Pulang Ke Rumah Selepas 11 Hari Dengan Kaki Belakang Yang Patah


Sinaran X-Ray menunjukkan kedua-dua kaki belakangnya patah, dan selepas pembedahan.


SPRING HILL, Fla, Dis. 23 -- Seorang wanita Florida berkata kucingnya yang hilang telah muncul semula, setelah dilanggar oleh sebuah kereta dan menghabiskan masa berhari-hari menyeret dirinya kembali ke rumah dengan dua kaki belakang yang patah.

Tracie Steger berkata kucingnya yang diberi nama Giggle-Blizzard, gagal pulang ke rumahnya untuk makan malam pada 15 Nov. lalu dan dia bersama sekumpulan kanak-kanak kawasan itu sudah tidak mampu untuk mengesan anak kucing selepas berhari-hari mencari dan mengagihkan risalh berkenaan kehilangan kucingnya.

Steger semakin bertambah bimbang apabila seorang anak gadis jirannya memberitahu dia telah melihat sebuah kereta melanggar seekor kucing dengan yang seakan-akan seperti Giggle-Blizzard tetapi tidak terdapat mengesahkannya, sehinggalah dia mendengar satu bunyi pelik pada malam Thanksgiving.

Steger menyatakan Giggle-Blizzard telah dilanggar oleh sebuah kereta dan kaki belakangnya patah. Beliau berkata keadaan kucingnya itu semakin baik selepas menjalani dua pembedahan, berharga sejumlah $3,000 (RM9000).

"Jika anda kehilangan seekor binatang peliharaan -- jangan berputus asa!" Steger berkata. "Jika mereka tahu mereka dikasihi ... ia sudah cukup untuk membawa mereka pulang ke rumah anda."

Sumber : www2.tbo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular