Puasa: Mengucup Isteri
Mengucup isteri ketika sedang berpuasa, tidak membatalkan puasa, bahkan hukumnya harus kepada orang yang dapat mengawal nafsunya.
Menurut al-Imam al-Nawawi, tidak makruh bagi seseorang suami mengucup atau bergurau senda dengan isteri, ketika sedang berpuasa, jika dapat mengawal nafsu, sebaliknya jika tidak dapat mengawal nafsu,
makruh berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, meninggalkan bergurau dan mengucup isteri, adalah lebih utama. Dalam hal ini, tidak ada beza di antara orang tua dengan orang muda. Yang penting disertai syahwat atau tidak.
Menurut ibn al-Munzir antara tokoh yang memberi kelonggaran kepada suami mengucup dan bergurau dengan isteri ketika sedang berpuasa ialah Umar bin al-Khattab, ibn Abbas, Abu Hurairah, A'isyah, Ata', al-Sya'bi, al-Hasan, Ahmad dan juga Ishak. 4
Jika seseorang mengucup atau berseronok dengan isteri sehingga keluar mazi tetapi tidak keluar mani, puasa tidak batal. Pendapat ini dipegang oleh al-Hasan al-Basri, al-Sya'bi, al-Awza'i, Abu Hanipah, Abu Thawr dan ibn al-Munzir. 5
Haram berseronok dengan isteri pada alat kelamin, ketika berpuasa, berdasarkan kepada firman Allah s.w.t:
Sebaliknya jika seseorang berseronok pada tempat lain dan bukan pada alat kelamin, kemudian keluar mani, puasa batal dan jika tidak keluar mani, puasa tidak batal. 6
1 Muhammad Bakar Ismalil, jilid 1, halaman. 540.
2 Abu Daud, Sunan Abu Daud, Bab Karahiyatuhu Li al-Syab, hadis nombor 2039. Ibn Majah, Sunan, ibn Majah, Bab Ma Ja'a Fi al-Mubasyarah Li al-Sa'im. Ahmad, al-Musnad, jilid. 52 halaman. 588. hadis nombor 2431.
3 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Babal-Mubasyarah Li al-Sa'im, hadis nombor 1792. Muslim, Sahih Muslim, Bab Anna al-Qublah Fi al-Sa'im Laisat Muharramatan, hadis nombor 1854.
4 Al-Nawawi, Majmu' jilid. 6, halaman. 355.
5. Ibid, halaman. 323.
6. Ibid halaman 322.
Tetapi jika tidak dapat mengawal nafsu, hukumnya haram, malah haram sentuh, mengingati saat manis bersama isteri dan merenung isteri lama-lama, jika boleh menaikkan nafsu. 1
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Hurairah r.a:
Ertinya: "Seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w tentang mubasyarah (memeluk dan mengucup isteri) Nabi s.a.w memberi kelonggaran kepadanya. Kemudian datang seorang lelaki lain dan bertanya kepada baginda soalan yang sama, baginda menegahnya. Lelaki yang diberi kelonggaran oleh Nabi itu adalah lelaki tua, manakala yang ditegah itu, adalah lelaki muda." 2
Rasulullah s.a.w juga bersabda di dalam hadis lain yang juga diriwayatkan menerusi Aisyah r.a:

Ertinya: "Nabi s.a.w mengucup sebahagian daripada isteri baginda, dalam keadaan berpuasa. Baginda juga berseronok-seronok dengan isterinya, dalam keadaan berpuasa. Baginda adalah orang yang paling mampu mengawal nafsunya." 3
Menurut al-Imam al-Nawawi, tidak makruh bagi seseorang suami mengucup atau bergurau senda dengan isteri, ketika sedang berpuasa, jika dapat mengawal nafsu, sebaliknya jika tidak dapat mengawal nafsu,
makruh berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, meninggalkan bergurau dan mengucup isteri, adalah lebih utama. Dalam hal ini, tidak ada beza di antara orang tua dengan orang muda. Yang penting disertai syahwat atau tidak.
Menurut ibn al-Munzir antara tokoh yang memberi kelonggaran kepada suami mengucup dan bergurau dengan isteri ketika sedang berpuasa ialah Umar bin al-Khattab, ibn Abbas, Abu Hurairah, A'isyah, Ata', al-Sya'bi, al-Hasan, Ahmad dan juga Ishak. 4
Jika seseorang mengucup atau berseronok dengan isteri sehingga keluar mazi tetapi tidak keluar mani, puasa tidak batal. Pendapat ini dipegang oleh al-Hasan al-Basri, al-Sya'bi, al-Awza'i, Abu Hanipah, Abu Thawr dan ibn al-Munzir. 5
Haram berseronok dengan isteri pada alat kelamin, ketika berpuasa, berdasarkan kepada firman Allah s.w.t:
Ertinya: "Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu la menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa."
(Al-Baqarah: 187)
Sebaliknya jika seseorang berseronok pada tempat lain dan bukan pada alat kelamin, kemudian keluar mani, puasa batal dan jika tidak keluar mani, puasa tidak batal. 6
Nota:
1 Muhammad Bakar Ismalil, jilid 1, halaman. 540.
2 Abu Daud, Sunan Abu Daud, Bab Karahiyatuhu Li al-Syab, hadis nombor 2039. Ibn Majah, Sunan, ibn Majah, Bab Ma Ja'a Fi al-Mubasyarah Li al-Sa'im. Ahmad, al-Musnad, jilid. 52 halaman. 588. hadis nombor 2431.
3 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Babal-Mubasyarah Li al-Sa'im, hadis nombor 1792. Muslim, Sahih Muslim, Bab Anna al-Qublah Fi al-Sa'im Laisat Muharramatan, hadis nombor 1854.
4 Al-Nawawi, Majmu' jilid. 6, halaman. 355.
5. Ibid, halaman. 323.
6. Ibid halaman 322.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan