Lokasi : | Jalan Panchang Bedena Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor |
Coordinate: | N 03 41.725’ E 100 57.612’ |
Pernah mendengar tentang masjid Djin? Yang nyata, aku dengar dari Sirah Rasululullah SAW mengenai sekumpulan Jin yang terpesona dengan bacaan quran dari Rasulullah lantas mereka memeluk islam. Untuk memperingatkan pengislaman kumpulan Jin ini Rasulullah telah membina masjid khusus dan dikenali sebagai Masjid Al Jin. Terletak ±1 km sebelah utara dari Masjidil Haram dan di Barat makam Ma’la . Ia juga dikenali sebagai Masjid Haras(Penjaga). Di Masjidil Haram pula, ada satu lagi tiang unik yang dipanggil ‘Tiang Jin’. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tiang jin tersebut telah dicari oleh jin untuk dipasang di masjid tersebut. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Kononnya siapa memeluk tiang jin ini semasa orang lain wukuf di arafah akan menjadi tuan jin. (Tok sah dok buat kot, khurafat tu)
Di Indonesia juga ada masjid yang dibina oleh Jin. Dimalaysia tidak kurang juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini. Tapi fokus aku ialah ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan Jin. Kebetulan melalui kawasan Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan senibinanya). Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.
Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam. Cerita misterinya pernah dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai 2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat [51]: 56).
Aku berminat dengan senibina lama dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu subjekku. Aku meninjau keseorangan ke kawasan dan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu ‘kudukku’meremang secara tiba-tiba… WALLAHUAKLAM.
Peta lokasi: Klik gambar untuk pic lebih besar
Masih kelihatan pembesar suara
Tampak dari verandahnya
Senibina yang diperbaharui/perbaiki
Gambar lama: Masjid ini pada tahun 1905
GAmbar lama: pembinaan masjid baru kot?
Sy ada melawat, azan dan solat Asar kt masjid ni tadi. Semua pintu-tingkap berkunci. Boleh solat di verandah je. Air pakai tangki lama. Takde aktvt solat jamaah dah di sini
BalasPadam