Isnin, 23 April 2012

HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNG





Pada mulanya, saya tidak berminat untuk memperkatakan perkara ini, saya kira semua sudah maklum 
akan hukumnya wanita yang bersolat tanpa memakai telekung.
Pada anggapan saya, rata- riti sudah mengerti dan isu ini tidak perlu diperkatakan lagi. 
Tapi setelah ‘mengembara’ ke facebook rakan-rakan dan ke youtube, ternyata salah faham tentang 
perkara ini masih lagi membelit segelintir umat islam. Saya amat yakin, semua ini berpunca apabila 
kelaziman dan kebiasaan telah dijadikan sandaran dalam menghukum, akibatnya si penghukum 
menjadi sangat anti terhadap apa-apa sahaja yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. 
Saya juga amat yakin, andainya tidak dirungkai, salah faham ini akan terus melebar tanpa sekatan dan 
meluas tanpa sempadan.
 
  
(pemakaian telekung yang begitu
sinonim dengan muslimah melayu)
Kat facebook, seorang rakan saya telah mengupload gambar 
wanita yang bersolat tanpa memakai telekung ini. Respons atau 
komen yang diterimanya laris sekali. Ada yang memberikan komen
berdasarkan kefahaman dalam beragama. Tapi ada juga yang
berhujah persis orang yang mandul akal, bagi mereka telekung 
berwarna putih itu adalah uniform wajib untuk seseorang wanita
bersolat.
Jadi, berpunca dari ini, saya tergerak hati untuk menulis entry ini. 
Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan 
(bluedianthus ) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu 
kembali segar dan bugar di ingatan “buatlah entri yang sekurang2nya
boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk
kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”

Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai
telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah
 menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian 
dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau
 apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada
 najis.  
Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat 
ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak 
tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai 
telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

 Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga
 menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan
 tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh
 sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna. 
Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) 
dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang 
tidak sesekali merumitkan penganutnya.
 
Di sini, saya sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia 
sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Untuk pengetahuan sahabat, di Kelantan, 
telah berkali-kali Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat( tolong jangan tafsrikan ini sebagai entry 
politik, walaupun saya telah menyentuh nama seorang tokoh politik) memperbetulkan salah faham ini 
menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu. Katanya, telekung dan warna putih
 bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara.
 Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping 
Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks
 kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang 
dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama 
mana yang dijadikan sandaran.
 
Sebenarnya, Qada solat adalah 
untuk orang yang meninggalkan 
solat tanpa sengaja seperti tertidur
dan terlupa. Bagi yang meninggalkan
solat secara sengaja,termasuk dengan 
alasan tidak bawa telekung hukumnya 
berdosa besar( malah sesetengah 
ulama menghukumnya sebagai 
kafir). Pelakunya mesti bertaubat 
dengan sebenar-benar taubat dan 
menqada solat yang ditinggalkan itu 
sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita
tersebut telah memakai pakaian yang
 memenuhi kriteria menutup aurat 
sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini