Selasa, 3 April 2012

PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DR HARON DIN DI STANFORD HOSPITAL USA...Mudah2an Allah Mempermudahkan Urusan Pembedahan Beliau


Maklumat Terkini:
2-Apr-2012 (Isnin) @ 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia) :
- Tuan Guru masuk bilik pembedahan
2-Apr-2012 (Selasa) @ 6:30 petang (3-Apr-2012 @ 9:30 pagi waktu Malaysia) :
- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.
Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.
Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.
Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'. Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube (http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.
Bagi semua anak-anak murid Tuan Guru yang ingin menyampaikan mesej kepada Tuan Guru boleh salurkan kepada anak bungsu Tuan Guru iaitu Hanna binti Haron di email chepokpok@gmail.com. Insya-Allah semua mesej ini akan dibacakan kepada Tuan Guru.

---------------------------------------------------------------------------------------------


PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL USA


Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian.
Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"


~Sama-sama kita berdu'a semoga Allah memudahkan urusan pembedahan beliau.Amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular