Khamis, 16 Ogos 2012
Belum ada bukti kehidupan di Marikh
Belum ada bukti kehidupan di Marikh
Rahayati Binti Ali | 14/08/2012 02:35 PM
Ilustrasi pelukis mengenai operasi Curiosity di permukaan planet Marikh pada 5 Ogos lalu. Imej kredit : KOSMO.
Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini. Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity. Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan mudah. Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan Marikh.
"Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi California yang berkhidmat untuk misi NASA itu. Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
Gambar pemandangan tandus berlatarbelakangkan banjaran gunung di planet Marikh yang diedarkan oleh NASA paad 9 Ogos lalu. Kredit : NASA.
Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu. Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion). Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity. Setakat ini, pihak kawalan misi robotik percaya kenderaan robotik itu bertindak balas terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Pengarah misi Curiosity, Michael Watkins memberitahu, selepas tiga hari kenderaan tersebut berada di Marikh, ia melakukan setiap aktiviti tanpa sebarang halangan.
Selain mencari kewujudan benda hidup di Marikh, kenderan robotik sebesar sebuah kereta itu akan menganalisis tanah dan sampel organik selain mengesan kehadiran air serta mengenal pasti unsur-unsur kimia pad batu-batu dan tanah.
Pada Julai lalu, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop NASA dilaporkan telah menemui satu sistem suria yang hampir sama dengan Bumi. Sistem itu mempunyai beberapa buah planet yang mengelilingi Matahari. Ia terletak kira-kira 10,000 tahun cahaya dari Bumi - Agensi
|
Apa yang pelik tentang gambar ini??
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi...
Raja duduk bersila bersama rakyat takkan hilang daulatnya..
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!
sumber:FB
Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:
Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.
Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. - gambar fail
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.
Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.
Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.
Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
"Allahuakbar"
sumber: FB
UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN
1) Tekan butang PLAY pada MP3 RUQYAH SYARIAH dibawah nie dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.
2) Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
3) Perhatikan setelah selesai…jika anda batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.
2) Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
3) Perhatikan setelah selesai…jika anda batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.
atau
download
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
Selasa, 14 Ogos 2012
Info Seks : Inginkan Zuriat Cepat Dan Sihat, Tingkatkan Kualiti Sperma
Info Seks : Inginkan Zuriat Cepat Dan Sihat, Tingkatkan Kualiti Sperma
Oleh: EDITORIAL PESONA PENGANTIN
Tarikh: 14 Ogos 2012
Tarikh: 14 Ogos 2012
“Sejauh mana kesuburan anda dan pasangan? Sudah menjadi lumrah di alam perkahwinan, zuriat diimpikan dalam kehidupan berkeluarga sebagai pelengkap dalam kehidupan.”
‘Subur’ dari segi hubungan intim tidak semestinya difokuskan kepada wanita sahaja. Lelaki juga perlu memiliki kesuburan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat yang sihat dan cepat. Anda perlu ketahui cara untuk meningkatkan kesuburan sperma, agar penantian untuk mendapatkan zuriat tidak terlalu lama.
Anda menginginkan sperma yang subur dan aktif, teruskan membaca dan praktikkan dalam kehidupan seharian, bermula dari sekarang. Cubalah!
1. Ambil Vitamin C dan E serta herba
Vitamin C dan E dapat membantu sperma menjadi kuat untuk berenang dan bergerak, seterusnya memberi peluang yang tinggi untuk mendapat zuriat. Selain itu, herba Maca, Ginkgo Biloba, Muira Puama, dan Horny Goat Weed juga dapat meningkatkan kesuburan sperma anda.
Vitamin C dan E dapat membantu sperma menjadi kuat untuk berenang dan bergerak, seterusnya memberi peluang yang tinggi untuk mendapat zuriat. Selain itu, herba Maca, Ginkgo Biloba, Muira Puama, dan Horny Goat Weed juga dapat meningkatkan kesuburan sperma anda.
2. Makanan yang tinggi kandungan zat besi
Tiram mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dalam kategori makanan laut. Untuk peningkatan kesuburan sperma yang berpanjangan, perbanyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang, marjerin dari bunga matahari dan tomato.
Tiram mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dalam kategori makanan laut. Untuk peningkatan kesuburan sperma yang berpanjangan, perbanyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang, marjerin dari bunga matahari dan tomato.
3. Minum air mineral
Elakkan tubuh dari terhidrat, yang menjadikan sel dalam badan kering dan tidak subur. 6 gelas air sehari perlu diminum agar pengaktifan sel sperma ditingkatkan.
Elakkan tubuh dari terhidrat, yang menjadikan sel dalam badan kering dan tidak subur. 6 gelas air sehari perlu diminum agar pengaktifan sel sperma ditingkatkan.
4. Lakukan senaman kegel (alat sulit)
Senaman kegel perlu dilakukan selalu agar alat sulit anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan aktif! Semasa membuang air kecil, cuba hentikan atau lambatkan aliran air kencing. Apabila anda boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing, maka anda sebenarnya berjaya mengenal pasti kedudukan otot kegel tersebut, kerana untuk menghentikan aliran air kencing, kita perlu menarik otot di bawah bahagian kelengkang. Itulah sebenarnya otot Kegel.
Senaman kegel perlu dilakukan selalu agar alat sulit anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan aktif! Semasa membuang air kecil, cuba hentikan atau lambatkan aliran air kencing. Apabila anda boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing, maka anda sebenarnya berjaya mengenal pasti kedudukan otot kegel tersebut, kerana untuk menghentikan aliran air kencing, kita perlu menarik otot di bawah bahagian kelengkang. Itulah sebenarnya otot Kegel.
Dalam keadaan sedang duduk, tarik atau kecutkan otot kegel dalam lima kiraan secara perlahan. Kemudian, lepaskan semula otot tersebut juga dalam lima kiraan secara perlahan. Ulangi lagi sebanyak 10 kali. Lakukan senaman sedemikian sebanyak tiga kali sehari. Setelah beberapa hari, ubah cara latihan dengan melakukan senaman tersebut dalam pelbagai kedudukan seperti berdiri, berbaring bahkan semasa semua kedudukan di dalam solat. Latihan sedemikan harus diteruskan dari masa ke semasa. Dengan senaman sedemikian, bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas bahkan meningkatkan lagi kemampuan alat sulit anda.
5. Aktif melakukan hubungan intim
Hubungan intim bersama pasangan sebenarnya dapat meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Selain meningkatkan kemampuan untuk memiliki zuriat, tubuh badan juga akan menjadi sihat.
Hubungan intim bersama pasangan sebenarnya dapat meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Selain meningkatkan kemampuan untuk memiliki zuriat, tubuh badan juga akan menjadi sihat.
6. Bersenam
Senaman larian atau berjoging dapat meningkatkan kualiti penghasilan sperma di samping pengaliran darah yang lancar ke bahagian zakar. Seterusnya, testosteron akan menghasilkan sel sperma yang banyak di kala itu!
Senaman larian atau berjoging dapat meningkatkan kualiti penghasilan sperma di samping pengaliran darah yang lancar ke bahagian zakar. Seterusnya, testosteron akan menghasilkan sel sperma yang banyak di kala itu!
Selain mencuba tip di atas, anda juga perlu sentiasa berusaha untuk memiliki zuriat yang diidamkan. Usah gusar dan putus asa sekiranya anda lambat memiliki cahaya mata. Ini kerana, kurniaan Tuhan yang diberikan mempunyai hikmah disebaliknya. Teruskan usaha, anda pasti akan berjaya.
Info Tambahan :
Sel sperma yang subur akan bertahan selama 24 hingga 36 jam untuk sekali pancutan. Seterusnya, ia akan dikitar semula dan sel sperma yang baru akan matang dalam tempoh 24 hingga 36 jam yang seterusnya!
Sel sperma yang subur akan bertahan selama 24 hingga 36 jam untuk sekali pancutan. Seterusnya, ia akan dikitar semula dan sel sperma yang baru akan matang dalam tempoh 24 hingga 36 jam yang seterusnya!
Isnin, 13 Ogos 2012
Mekah Pada Tahun 1889
Tentu ramai yang teringin nak tengok bagaimana agaknya rupa kota Mekah masa zaman orang Tanah Melayu masih dibelenggu penjajahan dulu iaitu pada tahun 1889 Masehi. Masa zaman tu kat Tanah Melayu Musyi Abdullah baru meninggal dunia (beliau ke Mekah pada 1854 dan meninggal di Jeddah)
Masa zaman tu juga keturunan Al-Saud masih belum kuasai Arab Saudi macam sekarang ini. Tanah Arab dikuasai oleh keturunan Al-Rasyid yang merupakan musuh ketat keturunan Al-Saud. Masa itu kerajaan Islam dikuasai oleh Pemerintahan Othmaniah yang bekerjasama rapat dengan keturunan Al-Rasyid di Tanah Arab. Keturunan Al-Saud yang rapat dengan British pula berebut Mekah daripada Al-Rasyid dan berjaya menguasainya ketika Kerajaan Othmaniah mulai lemah pada perang dunia pertama.
Semuanya tinggal sejarah, gambar akan lebih bermakna dengan adanya sedikit fakta sejarah, walau apapun tafsirannya, bagi yang nak menghayati bagaimana Kota Mekah dan bagaimana orang buat haji masa tu tengok koleksi gambar di bawah:
Masa zaman tu juga keturunan Al-Saud masih belum kuasai Arab Saudi macam sekarang ini. Tanah Arab dikuasai oleh keturunan Al-Rasyid yang merupakan musuh ketat keturunan Al-Saud. Masa itu kerajaan Islam dikuasai oleh Pemerintahan Othmaniah yang bekerjasama rapat dengan keturunan Al-Rasyid di Tanah Arab. Keturunan Al-Saud yang rapat dengan British pula berebut Mekah daripada Al-Rasyid dan berjaya menguasainya ketika Kerajaan Othmaniah mulai lemah pada perang dunia pertama.
Semuanya tinggal sejarah, gambar akan lebih bermakna dengan adanya sedikit fakta sejarah, walau apapun tafsirannya, bagi yang nak menghayati bagaimana Kota Mekah dan bagaimana orang buat haji masa tu tengok koleksi gambar di bawah:
Jemaah Haji di Wadi Mina |
Permandangan Kaabah pada 1889 |
Mekah 1889 |
Jemaah di padang Arafah |
Khemah sementara di Padang Arafah |
Padang Arafah |
Jemaah berehat di Padang Arafah |
Jemaah berhimpun di kubur Saidatina Maimunah |
Percetakan yang dibina oleh kerajaan Othmaniah di Mekah |
Pandangan umum di Kota Mekah |
Kota Mekah yang dikelilingi oleh bukit pada tahun 1885 |
Ahad, 12 Ogos 2012
"Doakan Yang Terbaik Untuk Anak Saya" - Ibu Shila Amzah
"Doakan Yang Terbaik Untuk Anak Saya" - Ibu Shila Amzah
Oleh: Editorial MH
Tarikh: 7 Ogos 2012
Tarikh: 7 Ogos 2012
"Sebagai ibu tentunya saya sangat terharu dan bersyukur." Itulah
ungkapan pertama dari Ibu Shila apabila dihubungi oleh MH online pagi
tadi.
"Sebenarnya sebelum mengambil keputusan untuk terus bertudung, Shila ada beberapa kali meminta pendapat daripada saya dan ayahnya (N.D Lala) mengenai keputusan yang bakal dilakukan.
"Sebagai penyanyi, dia risau andai kerjaya nyanyian akan terjejas kelak. Namun kami sekeluarga mengingatkan Shila yang rezeki semuanya datang daripada Allah S.W.T, apa yang tertulis buat kita pasti akan menjadi milik kita dan juga sebaliknya," katanya lagi.
Sepanjang perbualan bersama MH online, nyata ibu Shila tidak mampu lagi menahan perasaan terharu apabila dia menangis kegembiraan selain perkataan syukur tidak lekang dari bibirnya.
"Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila," ujar ibunya lagi.
Ibu Shila juga menambah yang dia dan anak gadisnya kini sedang gila 'shopping' tudung dan sudah beberapa kali ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat Shila.
"Sebenarnya sebelum mengambil keputusan untuk terus bertudung, Shila ada beberapa kali meminta pendapat daripada saya dan ayahnya (N.D Lala) mengenai keputusan yang bakal dilakukan.
"Sebagai penyanyi, dia risau andai kerjaya nyanyian akan terjejas kelak. Namun kami sekeluarga mengingatkan Shila yang rezeki semuanya datang daripada Allah S.W.T, apa yang tertulis buat kita pasti akan menjadi milik kita dan juga sebaliknya," katanya lagi.
Sepanjang perbualan bersama MH online, nyata ibu Shila tidak mampu lagi menahan perasaan terharu apabila dia menangis kegembiraan selain perkataan syukur tidak lekang dari bibirnya.
"Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila," ujar ibunya lagi.
Ibu Shila juga menambah yang dia dan anak gadisnya kini sedang gila 'shopping' tudung dan sudah beberapa kali ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat Shila.
Shila Amzah Kini Mula Berhijab
Oleh: Editorial MH
Tarikh: 7 Ogos 2012
Tarikh: 7 Ogos 2012
Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi popular, Shila Amzah yang kini telah mengenakan hijab bermula 1 Ramadan lalu.
Bermula sekadar suka-suka, segalanya berubah selepas 15 hari melalui 'tempoh percubaan' dan kini berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.
"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi oleh mStar Online.
Keputusannya ini nyata disambut dengan rasa gembira oleh kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad.
Walaupun tampil dengan imej yang lebih sopan, Shila menyatakan akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.
Bermula sekadar suka-suka, segalanya berubah selepas 15 hari melalui 'tempoh percubaan' dan kini berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.
"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi oleh mStar Online.
Keputusannya ini nyata disambut dengan rasa gembira oleh kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad.
Walaupun tampil dengan imej yang lebih sopan, Shila menyatakan akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.
Info Usia Tong Gas Yang Perlu Anda Ketahui
Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...
Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...
Mak Long hang pun nak beraya dengan sempurna macam ngan orang lain jugak...
Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06
Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;
A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)
Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...
Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...
Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...
Okey lah, Pak Long pun nak check jugak bila pulak tarikh luput Mak Long hang... hehe...
Wassalam...
Siapakah Yusuf Taiyoob???
Siapa tak kenal, kurma yang paling
popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan
nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik
dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah
cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya
terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara
Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat
bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang
besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing
lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi
jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan
Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak
digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik
itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman
Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob
Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma
dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk
pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh
negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah
beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi
lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan
pengalaman pahit.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam
perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya
berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi
saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.
“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan
bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam
perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain,
termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan
rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk
perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah
terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada
waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada
pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk
berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang
perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan
yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing
sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan
rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang
sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali
menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk
edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira
RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor
simpanan sejuk bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang
kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi
amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam
stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan
satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan
barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport
antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak
zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30
negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab
Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu
memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan
tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula
memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya
dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila
dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok,
namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai
lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan
percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya
terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil
masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di
negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia,
Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih
10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel,
Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu
khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering)
diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir
dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat
penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama,
orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan
aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada
pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,”
katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar
produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari
lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk
membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana
sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan,
kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada
golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya
rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih
kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,”
katanya.
PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau!! wahhhh!!
Di tiru bulat-bulat dari sini.
Sabtu, 11 Ogos 2012
Pendedahan Khas Isu Rampasan Kuasa oleh Bekas S/U DUN Perak
Pendedahan Khas Isu Rampasan Kuasa oleh Bekas S/U DUN Perak
oleh Perakite Daily
Dicatat oleh
Perakite Daily
di
11:57 PTG
Kisah sebenar Rampasan Kuasa
Nama
Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi
dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun
2009. Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan
Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan
sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di
Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz
Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.
Misbahul Munir/ Perakite Daily :
Baru-baru
ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan
Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak.
Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?
Abdullah:
Saya
berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November
2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya
tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56
tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.
Faktor
utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan
tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan
individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.
Faktor
lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat
selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak
perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan,
kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak
dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.
Walau
bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS
adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.
Saya
menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat
imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin
PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan
Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Saudara pernah dilabel sebagai
konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh
blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang
mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila
ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?
Abdullah:
Secara
peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara
sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung
menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.
Sehinggakan
jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah
bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya
ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan
apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya. Saya
hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri,
bertanggungjawab
ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan
juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri
yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit
mesyuarat.
Dalam
DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos
saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula
ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak,
saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.
Di
awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika
itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN
Perak.
Saya
bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak
atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa
menerima arahan pihak atasan.
Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas
kapasiti
saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu
kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker
yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.
Atas
sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila
sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat
dihalang memasuki dewan.
Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.
Saya
mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan
konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam
urusan ‘membeli’ Adun dan sebagainya
.
Dalam
kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi
“conspirator” dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Kerajaan
Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato’
Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa
pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar
yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?
Abdullah:
Harus
diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan
Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah
laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan,
dan apabila berlakunya pembubaran DUN.
Ahli
Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar
dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika
itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon
perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan.
Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dato’
Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan
dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi
memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan
memutuskan sebaliknya.
Saya lebih chenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?
Abdullah:
Apabila
kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada
satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika
itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.
Tidak
lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar
Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna
Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.
Jadi
jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu
perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas
pandang.
Semasa
sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu,
saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya
mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih
duduk di kerusinya.
Tiba-tiba
Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung
dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN
berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu
namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan
itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya
tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah
pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff
tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian
tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku
di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
En
Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Paktan
Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara
kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?
Abdullah:
Semasa
mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya
bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu
memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti
ini ketika itu.
Sebagai
pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai
kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan
Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya
asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.
Perbezaan
yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat
mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada
kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar
boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya
melainkan Dato’ Seri Nizar.
Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.
Pemerintahan
Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan
kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan
kepentingan rakyat.
Dari
segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil
masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan
barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu
melulus atau menolak.
Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.
Menteri
Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana
kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang
akan dibawa.
Dalam
soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga
dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali
mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu
hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.
Waktu
solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan
untuk berjemaah . Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat
berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan
pemerintahan BN.
Ketika
bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap
pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan
termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan
tazkirah Ramadhan selama 10 minit .
Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.
Pemberian
bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan
Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan
Ramadhan.
Ini
baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian
air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal
kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada
pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.
Setiap
kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa
mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan
betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu
rakyat.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Semasa
pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri
Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP,
Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa
sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?
Abdullah:
Saya
lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk
masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.
Dalam
mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa
kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara
dielakkan.
Tuduhan
BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP
ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka
dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat
menyatakan pandangan mereka.
Saya
mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’
Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri
keadaan surau tersebut.
Pada
mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu,
Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada
satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak
beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan
perkauman.
Berlaku
lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan
yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk
medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju
dan menasihatkan tidak diluluskan.
Mesyuarat
menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong.
Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu
atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.
Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Selepas
mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan
Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari
kerajaan BN Perak?
Abdullah:
Sahabat-sahabat
saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang
membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali
Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan
politik semasa.
Seorang
bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya
supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu
kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.
Saya
hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah
ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya
akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan
menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.
Kemungkinan
juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada
perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan.
Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya
kongsikan.
Sampai
sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti
perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik
Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau “brainwash” saya. Saya
ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.
Saya
berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan
demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan
negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.
Abdullah:
Saya
nak beritahu,BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa
pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari
rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN
dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.
Oleh
itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan
berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat
melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali
memerintah Perak selepas ini. Percayalah saya telah mengalami
pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya
akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan
dalam PRU13 akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...