Pendedahan Khas Isu Rampasan Kuasa oleh Bekas S/U DUN Perak
oleh Perakite Daily
Kisah sebenar Rampasan Kuasa
Nama
Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi
dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun
2009. Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan
Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan
sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di
Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz
Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.
Misbahul Munir/ Perakite Daily :
Baru-baru
ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan
Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak.
Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?
Abdullah:
Saya
berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November
2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya
tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56
tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.
Faktor
utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan
tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan
individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.
Faktor
lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat
selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak
perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan,
kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak
dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.
Walau
bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS
adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.
Saya
menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat
imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin
PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan
Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Saudara pernah dilabel sebagai
konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh
blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang
mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila
ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?
Abdullah:
Secara
peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara
sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung
menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.
Sehinggakan
jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah
bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya
ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan
apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya. Saya
hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri,
bertanggungjawab
ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan
juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri
yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit
mesyuarat.
Dalam
DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos
saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula
ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak,
saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.
Di
awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika
itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN
Perak.
Saya
bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak
atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa
menerima arahan pihak atasan.
Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas
kapasiti
saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu
kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker
yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.
Atas
sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila
sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat
dihalang memasuki dewan.
Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.
Saya
mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan
konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam
urusan ‘membeli’ Adun dan sebagainya
.
Dalam
kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi
“conspirator” dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Kerajaan
Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato’
Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa
pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar
yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?
Abdullah:
Harus
diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan
Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah
laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan,
dan apabila berlakunya pembubaran DUN.
Ahli
Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar
dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika
itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon
perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan.
Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dato’
Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan
dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi
memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan
memutuskan sebaliknya.
Saya lebih chenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?
Abdullah:
Apabila
kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada
satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika
itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.
Tidak
lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar
Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna
Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.
Jadi
jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu
perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas
pandang.
Semasa
sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu,
saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya
mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih
duduk di kerusinya.
Tiba-tiba
Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung
dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN
berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu
namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan
itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya
tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah
pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff
tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian
tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku
di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
En
Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Paktan
Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara
kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?
Abdullah:
Semasa
mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya
bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu
memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti
ini ketika itu.
Sebagai
pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai
kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan
Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya
asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.
Perbezaan
yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat
mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada
kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar
boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya
melainkan Dato’ Seri Nizar.
Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.
Pemerintahan
Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan
kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan
kepentingan rakyat.
Dari
segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil
masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan
barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu
melulus atau menolak.
Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.
Menteri
Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana
kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang
akan dibawa.
Dalam
soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga
dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali
mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu
hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.
Waktu
solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan
untuk berjemaah . Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat
berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan
pemerintahan BN.
Ketika
bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap
pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan
termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan
tazkirah Ramadhan selama 10 minit .
Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.
Pemberian
bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan
Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan
Ramadhan.
Ini
baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian
air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal
kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada
pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.
Setiap
kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa
mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan
betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu
rakyat.
Misbahul Munir/ Perakite Daily:
Semasa
pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri
Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP,
Dato’ Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa
sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?
Abdullah:
Saya
lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk
masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.
Dalam
mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa
kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara
dielakkan.
Tuduhan
BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP
ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka
dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat
menyatakan pandangan mereka.
Saya
mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’
Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri
keadaan surau tersebut.
Pada
mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu,
Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada
satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak
beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan
perkauman.
Berlaku
lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan
yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk
medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju
dan menasihatkan tidak diluluskan.
Mesyuarat
menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong.
Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu
atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.
Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Selepas
mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan
Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari
kerajaan BN Perak?
Abdullah:
Sahabat-sahabat
saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang
membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali
Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan
politik semasa.
Seorang
bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya
supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu
kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.
Saya
hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah
ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya
akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan
menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.
Kemungkinan
juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada
perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan.
Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya
kongsikan.
Sampai
sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti
perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik
Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau “brainwash” saya. Saya
ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.
Saya
berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan
demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan
negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.
Abdullah:
Saya
nak beritahu,BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa
pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari
rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN
dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.
Oleh
itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan
berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat
melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali
memerintah Perak selepas ini. Percayalah saya telah mengalami
pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya
akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan
dalam PRU13 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan