Punca Penyakit Gastrik
1. Merokok
2. Meminum minuman beralkohol
3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan,
jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress
ulser.
5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan
sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang
masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta
makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang
dihidapi.
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
1. Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
2. Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan
mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan
rasa sakit tersebut
3. Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada
pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus
penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Bagaimana Penyakit Gastrik Boleh Menjadi?
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan
tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai
contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul
12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan
kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan
tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5
tahun, akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik
dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun,
seseorang itu akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic
ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik
ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan
nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum
minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan
cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat
kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan
yang bercuka.
Tanda-Tanda Penyakit Gastrik
1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau
mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom
ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam terutama jika anda terlupa atau sengaja makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala terlalu sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan Penyakit Gastrik
1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat. Contohnya, setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh.
2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza dan lain-lain.
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka atau makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang
tanduk, cempedak/nangka, rebung dan makanan lain yang menyebabkan
kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
9. Elakkan sama sekali
dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik
seperti milk of magnesia dan sebagainya, kerana ia akan merumitkan lagi
gastrik.
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL
atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi,
4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
11.
Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak
pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air
dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian,
minum 1 bahagian air rebusan ini 3 kali setiap 4 jam
Rabu, 1 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan