Pengaruh bacaan Al Qur'an pada saraf, otak dan organ tubuh Lain
"Tak
ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan
memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".
Dr.
Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar
Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar
bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa
Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat
besar.
Penurunan
tekanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai
macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang
menjadi objek kajiannya. Penemuan sang dokter ahli jiwa ini tidak
menentu.
Penelitiannya
disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan
tekanan darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit
terhadap aliran elektrik.
Dari
hasil uji cobanya beliau telah membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran
berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan
penyembuhan penyakit.
Kajian
Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh
doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam
Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan,
Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka
yang mendengarkannya.
Kesimpulan
hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim
yang diterbitkan Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang
sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang
tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka pun tidak
diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian
yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membaca
Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari
Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65%
ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35%
ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Al-Quran
memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut
diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan
Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang
dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan
ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan
menjadi lebih tenang.
Sungguh
suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai
Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan
pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika
mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ)
dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu.
Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan
spiritual (SQ).
Maha benar Allah yang telah berfirman,
"Dan
apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah
dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).sumber
jurnalhajiumroh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan