Khamis, 2 Ogos 2012

Tentera SHABIHA, Pendukung Kuat al-Assad ditangkap dan di tembak



Aleppo, SYRIA – Tidak berbaju, tidak bersenjata, dan gementar ketakutan. Begitulah keadaannya apabila sekumpulan tentera Shabiha ini ditangkap.

Rakaman video yang disiarkan Sky News, pada Rabu (1/8/2012) menunjukkan tentera ini kemudiannya disuruh berlutut menghadap ke dinding. Tidak lama kemudian kedengaran rentetan bunyi tembakan. Adegan selanjutnya, sukar digambarkan namun apa yang pasti, ia diakhiri dengan kelihatan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Peristiwa ini dirakamkan melalui kamera video amatur yang menggambarkan peristiwa ketika tentera Shabiha, kumpulan tentera simpanan Presiden Syria Bashar al-Assad ditangkap oleh kelompok pejuang di kota Aleppo di Syria. Itulah hukuman kepada pendukung rejim al-Assad. Ketahui selanjutnya berkenaan tentera Shabiha di sini.

Inilah antara tentera Shabiha, pendukung kuat al-Assad. Kenali siapa mereka di sini.

Walaupun rakaman agak kabur, namun kejadian yang berlaku dapat dilihat. Dalam satu adegan, ada seseorang yang berusaha meminta agar adegan ini tidak dirakam, tangannya juga cuba untuk menutup kamera. Namun tidak lama kemudian kedengaran rentetan tembakan senapan mesin yang memekakkan telinga. Setelah itu yang kelihatan hanya tubuh-tubuh yang tidak bernyawa.

Rakaman tersebut dirakam oleh kumpulan penentang rejim al-Assad di sebalik pertempuran sengit di Aleppo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular