Belum ada bukti kehidupan di Marikh
Rahayati Binti Ali | 14/08/2012 02:35 PM
Ilustrasi pelukis mengenai operasi Curiosity di permukaan planet Marikh pada 5 Ogos lalu. Imej kredit : KOSMO.
Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini. Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity. Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan mudah. Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan Marikh.
"Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi California yang berkhidmat untuk misi NASA itu. Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
Gambar pemandangan tandus berlatarbelakangkan banjaran gunung di planet Marikh yang diedarkan oleh NASA paad 9 Ogos lalu. Kredit : NASA.
Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu. Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion). Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity. Setakat ini, pihak kawalan misi robotik percaya kenderaan robotik itu bertindak balas terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Pengarah misi Curiosity, Michael Watkins memberitahu, selepas tiga hari kenderaan tersebut berada di Marikh, ia melakukan setiap aktiviti tanpa sebarang halangan.
Selain mencari kewujudan benda hidup di Marikh, kenderan robotik sebesar sebuah kereta itu akan menganalisis tanah dan sampel organik selain mengesan kehadiran air serta mengenal pasti unsur-unsur kimia pad batu-batu dan tanah.
Pada Julai lalu, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop NASA dilaporkan telah menemui satu sistem suria yang hampir sama dengan Bumi. Sistem itu mempunyai beberapa buah planet yang mengelilingi Matahari. Ia terletak kira-kira 10,000 tahun cahaya dari Bumi - Agensi
|
Khamis, 16 Ogos 2012
Belum ada bukti kehidupan di Marikh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan