Kisah Rasulullah yang sangat sayang kepada kucing
Nabi
Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu
saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang
terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu
haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri
Mueeza dari jubahnya.
Ketika
Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada
majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali.
Dalam
aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi
selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat
Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan,
dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara
azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman
bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam
sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang
tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya
untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa
hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Dari
Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dimasukkan
ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan
makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di
lantai," (HR. Bukhari).
Nabi
menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan
dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana
dianggap suci.Sumber dari jurnalhajiumroh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan