Ahad, 12 Ogos 2012

"Doakan Yang Terbaik Untuk Anak Saya" - Ibu Shila Amzah


shila

"Doakan Yang Terbaik Untuk Anak Saya" - Ibu Shila Amzah

"Sebagai ibu tentunya saya sangat terharu dan bersyukur." Itulah ungkapan pertama dari Ibu Shila apabila dihubungi oleh MH online pagi tadi.

"Sebenarnya sebelum mengambil keputusan untuk terus bertudung, Shila ada beberapa kali meminta pendapat daripada saya dan ayahnya (N.D Lala) mengenai keputusan yang bakal dilakukan.

"Sebagai penyanyi, dia risau andai kerjaya nyanyian akan terjejas kelak. Namun kami sekeluarga mengingatkan Shila yang rezeki semuanya datang daripada Allah S.W.T, apa yang tertulis buat kita pasti akan menjadi milik kita dan juga sebaliknya," katanya lagi.

Sepanjang perbualan bersama MH online, nyata ibu Shila tidak mampu lagi menahan perasaan terharu apabila dia menangis kegembiraan selain perkataan syukur tidak lekang dari bibirnya.

"Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila," ujar ibunya lagi.

Ibu Shila juga menambah yang dia dan anak gadisnya kini sedang gila 'shopping' tudung dan sudah beberapa kali ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat Shila.

 

Shila Amzah Kini Mula Berhijab

Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi popular, Shila Amzah yang kini telah mengenakan hijab bermula 1 Ramadan lalu.

Bermula sekadar suka-suka, segalanya berubah selepas 15 hari melalui 'tempoh percubaan' dan kini berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi oleh mStar Online.

Keputusannya ini nyata disambut dengan rasa gembira oleh kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad.

Walaupun tampil dengan imej yang lebih sopan, Shila  menyatakan akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular